Siri bercakap dengan Allah subhanahu wa ta'ala.
Master kata, Allah sentiasa berkomunikasi dengan kita. Sebab itu Allah bagi kita agama, supaya kita mengabdikan diri kepada-Nya dan menjadikan agama itu sebagai panduan.
Banyak cara Allah berkomunikasi dengan kita, cuma kita tidak sedar.
Suara muadzin atau bilal melaungkan azan contohnya, adalah panggilan Allah untuk kita menghadap-Nya.
Kuliah agama adalah salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah subhanahu wa ta'ala. http://matematikacerdas.wordpress.com/2009/12/10/kumpulan-ceramah-dan-kultum/ |
Suara khatib berkhutbah, atau ustaz berceramah, adalah peringatan Allah kepada kita melalui hamba-hamba-Nya yang mewarisi tugas kenabian.
Dan tentunya ayat-ayat Allah sendiri, yang disampaikan melalui Rasul-Nya, yang menjadi mukjizat dan terpelihara sehingga kiamat, ayat al-Quran adalah pembimbing paling baik dan terulung, dijelaskan lagi melalui hadith-hadith Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.
Malangnya kita kehilangan banyak masa untuk berkomunikasi dengannya dek leka dengan hal dunia.
La tahzan.
Hendak dijadikan cerita, selepas Subuh pada hari Sabtu yang lalu, Master telah membaca ayat ke-40 daripada surah at-Taubah yang bermaksud:
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (40)Ketika membaca ayat ini, Tedi tak berasa apa-apa kecuali Tedi memahami ini adalah cerita hijrah Rasulullah sollallahu a'alaihi wassalam dari Mekah ke Madinah, ditemani oleh Abu Bakar as-Siddq yang kemudiannya menjadi khalifah yang pertama.
Kemudian pada petang Sabtu, setelah mengetahui kerosakan kereta Mommy, dan hati kami gundah disebabkan memikirkan mana nak cari duit, ayat "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita", kembali bermain di minda.
Lapangkan hati dan cuba redha, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Tawakkal.
Alhamdulillah, ayat itu cukup membantu kami pada petang hari Sabtu itu. Seperti biasa pada malamnya Master mengaji lagi (adat manusia ada masalah, baru nak ingat Allah, nasib baik ingat).
Kemudian Master berhenti lama apabila sampai pada ayat 51 surah at-Taubah, yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal." (51)Ayat di atas sebenarnya merupakan jawapan Rasulullah Sollallahu a'laihi wassalam kepada golongan munafiq yang mengharapkan bencana ke atas kaum Mu'minin dalam Perang Tabuk.
Tapi apabila difahami secara umum, jelas Allah mahu ingatkan Master supaya yakin bahawa setiap sesuatu itu ketentuan-Nya dan hanya Dia yang dapat membantu kita pada saat kita memerlukan, contohnya dalam kes kerosakan kereta Mommy, bukan mekanik yang boleh membaikinya, tetapi Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu sebagai mu'min, Master haruslah banyak bersabar, bersolat, dan berdoa kerana bantuan Allah itu datang kepada mereka yang sabar.
Begitu juga dalam kes MH 370, kemarau, kebakara hutan dan jerebu yang melanda, kita kenalah ingat bahawa semuanya daripada Allah dan kepada-Nya kita memohon bantuan, walaupun kita boleh usaha melakukan pembenihan awan contohnya dalam menangani masalah kemarau dan jerebu, janganlah percaya bahawa ia yang menurunkan hujan, sebaliknya semuanya adalah bawah kuasa Allah.
La tahzan (jangan bersedih) dan bertawakkal, suatu mesej yang sempurna daripada Allah.
Alhamdulillah.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.