بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Baru balik dari Kampung Baru Medical Center
Harga hospital bersalin area Selangor & KL |
Itu nama lamanya, nama barunya Hospital Pakar al-Islam. Hospital ni terletak di seberang jalan, menghadap Masjid Jamek Kampung Baru.
Tedi pergi ke sana sebab Mommy nak lawat kawan dia yang kematian bayi dalam kandungan, lebih tragis apabila makcik tu hanya menunggu hari untuk bersalin. Insya-Allah, bayi itu akan menjadi wali kepada ibu bapanya di akhirat kelak.
Kemeriahan Masjid Jamek Kampung Baru
Kami sampai di sana betul-betul ketika azan Isya' berkumandang. Master menuju ke masjid untuk solat berjemaah, manakala Mommy pula terus menuju wad yang berkenaan. Suasana di masjid agak meriah, tak serupa dengan masjid-masjid lain yang Tedi pernah pergi. Masjid lain pun meriah, tapi masjid ni lain macam sedikit. Tak tahu bagaimana Tedi nak kisahkan.
Kehilangan dalam penantian
Semasa Tedi menunggu Mommy di lobi, ada peti televisyen yang menceritakan sedikit sejarah Hospital Pakar al-Islam ni. Hospital ini rupanya hasil usaha Angkatan Belia Islam Malaysia yang berdakwah melalui perbuatan atau pelaksanaan. Mereka sedar bahawa sebuah hospital Islam perlu diwujudkan selain menampung keperluan rakyat, turut berdakwah menunjukkan keindahan Islam.
Memorandum kepada Presiden Bangladesh: Kembalikan Kebebasan Asasi |
Berkenaan kawan Mommy tu, mesti dia sedih sangat setelah 9 bulan menanti, tengok-tengok dalam sekelip mata anaknya meninggal dunia.
Sebegitu juga ahli keluarga yang menunggu penumpang MH 370 mendarat, tengok-tengok mereka diberitahu pesawat itu hilang.
Kesemua ini menunjukkan bahawa kegembiraan kita boleh direnggut sekelip mata, maka perlu sentiasa berwaspada dan redha.
Mengantuknyalah. Jam 12 malam kami di sampai rumah, semua benda Tedi dah nampak berganda-ganda...
~12 Mac 2014, 20140312~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
4 Ulasan
Luluhnya hati kwn mommy tedi tu kn..semoga die tabah..
BalasPadamInsya-Allah, berkat suasana di sana, kurang sikit sedihnya.
PadamPernah jalani operation major gak... buang growrh dalam hidung kat KBMC ...ada ustaz round bagi tazkirah pd pesakit..
BalasPadamItulah, semalam ada nurse remind pesakit untuk solat.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.