Berdebar Tedi tunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijangka berlangsung seketika nanti.
Ini adalah kerana AP melaporkan ada sumber daripada pegawai Malaysia yang memaklumkan bahawa MH 370 sebenarnya dirampas.
Perampas itu pula mempunyai kemahiran penerbangan yang tinggi kerana berjaya mematikan transponder dan terbang mengelakkan radar.
Ini mungkin jawapan kepada persoalan Tedi sebelum ini.
Tapi pegawai itu memaklumkan tiada sebarang tuntutan rasmi atau pengakuan daripada mana-mana pihak.
Kita tunggu apa kata Perdana Menteri.
Sumber: http://www.huffingtonpost.com/2014/03/14/missing-plane-probably-hijacked_n_4968532.html
2 Ulasan
apa pon kita doakan agar pesawat sudah di jumpai itu lebih baik
BalasPadamitulah, duk harap PM umum pesawat dijumpai ke, tapi rupanya cuma mengesahkan berita yang Tedi dah tahu...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.