China tersilap paparkan gambar kawasan nahas?

  • Berdebar Tedi tunggu setelah mendapat berita satelit China "menemui" suspek kawasan MH 370 terhempas.
  • Namun debaran itu ternyata sia-sia apabila China khabarnya memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa mereka telah "tersilap" menyebarkan foto itu dalam laman web mereka.
  • Rasa nak marah pun ada! Tapi ini semua kerja Allah.
  • Jika Dia tak mahu kita temui MH 370, mungkin ada sebabnya kenapa.
  • Hari ini India mula tampil membantu dalam operasi menjejak MH 370, dan mereka memberikan tumpuan ke kawasan Kepulauan Andaman dan Kepulauan Nicobar.
  • Kapal perang Amerika Syarikat, USS Kidd yang sepatutnya ke Teluk Siam juga mengubah haluan ke Lautan Hindi.
  • Malaysia juga meluaskan kawasan pencarian menghala ke Kepulauan Andaman, dibantu oleh Tentera Negara Indonesia.

MH 370 dibawa lari ke Eropah?


  • Tindakan terbaru ini kelihatan menyetujui satu teori oleh para penyiasat Amerika Syarikat bahawa MH 370 telah ditawan dan dibawa lari menghala Eropah atau ke Timur Tengah.
  • Teori ini muncul apabila ada pihak  melaporkan bahawa enjin pesawat MH 370 menghantar maklumat kepada Rolls Royce, selama 4 jam selepas MH 370 hilang dari imbasan radar.
  • Teori baru ini seperti biasa ditolak oleh Malaysia dengan hujah kita telah mendapatkan maklum balas daripada Rolls Royce dan Beoing, dan mereka tidak memaklumkan wujudnya situasi seperti itu.
  • Tapi kemudiannya Malaysia meluaskan pencarian mengikut teori itu... kelihatan agak janggal. Alasan yang diberi adalah kita takkan mengabaikan sebarang kemungkinan.
  • Namun bukan Malaysia yang bergegas menjejak MH 370 di Lautan Hindi, sebaliknya India dan Amerika Syarikat bergerak sendiri, cuma mereka mengaku masih bekerjasama dengan Malaysia.
  • Malaysia juga khabarnya meminta bantuan data radar daripada kerajaan India.

Kini semuanya spekulasi 

  • Muncul pula spekulasi transponder MH 370 dimatikan secara manual kerana ada selang masa 14 minit di antara "kematian" transponder pertama dan kedua.
  • Spekulasi inilah yang membawa kepada kehadiran Amerika Syarikat dan India di Lautan Hindi.
  • Tedi macam tak berapa nak hadam kerana mustahil tiada radar tentera yang mengesan pesawat itu jika benar MH 370 berpatah balik dan menuju Lautan Hindi.
  • Tapi tak mustahil juga jika data radar tentera itu disembunyikan daripada pengetahuan umum.
  • Cuma macam tak berapa nak percaya tiada Tentera Udara dari Malaysia, Indonesia,  Thailand dan juga India yang memeriksa kehadiran pesawat tidak dikenali di ruang udara negara masing-masing.
  • Sumber rahsia beberapa berita antarabangsa pula hanya menyatakan bahawa pesawat tidak dikenali itu mungkin MH 370.

Tiba masa berputus asa?

  • Tedi macam dah kecewa, dan rasa macam hanya menunggu kotak hitam ditemui untuk dikaji apa punca nahas.
  • Selain itu Tedi berangan moga-moga MH 370 itu benar-benar ditawan dan disembunyikan di satu tempat rahsia. Tapi nampak sangat tak logik.
  • Tedi juga ada sertai Tomnod untuk menjejak MH 370, tapi tetap kecewa.
  • Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan hanya Dia yang menentukan bilakah masanya untuk menyingkap rahsia yang tersembunyi.

Sumber rujukan: 

  1. http://news.nationalpost.com/2014/03/14/malaysia-airlines-jet-was-the-aircraft-detected-on-radar-enroute-to-europe-or-middle-east-investigators-suspect/

20140315