Bantuan sebagai menghormati permintaan kerajaan Malaysia?
BERNAMA melaporkan bahawa Amerika Syarikat menghantar dua buah kapal tentera laut mereka untuk membantu usaha cari dan menyelamat kapal terbang MH 370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.
Kedutaan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa penghantaran aset tentera mereka itu adalah di atas permintaan kerajaan Malaysia.
Tedi memang dah agak mereka akan hantar bantuan sebegitu kerana ada rakyat mereka yang terlibat dan pesawat yang terlibat adalah produk mereka yang menawarkan ribuan peluang kerja kepada rakyat mereka.
Bantuan ini pada pendapat Tedi adalah sangat bagus kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam menangani nahas pesawat dek kesibukan penerbangan di negara mereka sendiri.
USS Pinckney (DDG 91)
USNS John Ericsson (T-AO-194)
USNS John Ericsson pula adalah kapal pengisi minyak dari kelas Henry J. Kaiser yang diurus oleh Pusat Arahan Pengangkutan Laut Tentera (Military Sealift Command) yang beroperasi menyokong kapal-kapal perang Amerika Syarikat.
Ia dilaporkan digerakkan dari Singapura ke pantai selatan Vietnam untuk menyokong usaha mencari dan menyelamat oleh USS Pinckney.
US Navy P-3C Orion
Orion pula adalah sebuah pesawat tentera laut Amerika Syarikat yang mempunyai kelengkapan radar dan perhubungan jarak jauh yang diterbangkan pagi tadi dari Pangkalan Udara Kadena yang terletak di Okinawa, Jepun.
Ia dilaporkan telah memulakan usaha mencari pesawat MH 370. Adakah kelengkapan pengesan kapal selam yang ada padanya akan terbukti kali ini? Tedi harapkan begitulah hendaknya.
Penglibatan NTSB dan FAA
Kawan-kawan mungkin tak kenal kedua-dua badan ini kerana jarang masuk TV seperti FBI dan CIA, tapi Tedi telah lama mengenali mereka melalui siri dokumentari Air Crash Investigation.
NTSB atau National Transportation Safety Board atau Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan adalah organisasi kerajaan Amerika Syarikat yang mengkaji dan menyiasat sebarang kecelakaan melibatkan sistem pengangkutan mereka.
Manakala FAA atau Federal Aviation Administration atau Pengurusan Penerbangan Persekutuan pula adalah badan yang menyelia urusan penerbangan Amerika Syarikat.
Mereka mempunyai banyak pengalaman dalam nahas pesawat dan Tedi memang mengharapkan mereka tampil membantu kita. Selain itu mereka juga selalunya akan bekerjasama dengan FBI atau Federal Bureau of Investigation atau Biro Penyiasatan Persekutuan.
Komen Tedi:
- Tedi memang mempercayai keprofesionalan NTSB dalam menangani situasi seperti ini dan memang kita amat memerlukan pengalaman dan kemahiran mereka.
- Mereka dalam menyiasat selalunya akan mengelak untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu kerana apa yang paling penting adalah untuk mereka mengetahui kisah sebenar. Jika satu-satu pihak itu disalahkan atau dituduh, mereka percaya pada masa depan tiada siapa mahu bercakap benar.
- Kehadiran aset Amerika Syarikat ini akan membantu menjimatkan kos yang Tedi percaya kita takkan mampu menanggungnya.
- Semoga mereka akan berjaya dalam usaha pertama mereka iaitu mencari kesan serpihan pesawat, sebelum menjejak Kotak Hitam (yang sebenarnya berwarna oren untuk mudah dikesan) yang akan memberi petunjuk sebenar kepada nahas yang berlaku (jika ada nahaslah, sebab Tedi masih berharap tiada sebarang nahas buruk berlaku).
Sumber:
20140309
2 Ulasan
Ahamdulilah banyak negara jiran yg dtg mghulur bantuan..Rasa bangga bila tgk semua bersatu ;')
BalasPadamItulah.. walaupun kosnya mahal, memasing hulurkan bantuan... Malaysia pun harus siap-siaga untuk hulurkan bantuan sebegini apabila diperlukan... selain hulur bantuan, ia juga bantu kita melatih dan menguji semua aset yang ada..
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.