Quest: Saya pernah terbang bersama Pegawai Pertama itu.
Berita CNN melaporkan bahawa Pegawai Pertama (Pembantu Juruterbang) penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang secara tiba-tiba sedang dalam proses transisi untuk menerbangkan Boeing 777-200.Fariq Ab Hamid, warga Malaysia berusia 27-tahun dilaporkan telah membantu menerbangkan sebuah Boeing 777-200 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur, di mana dia mendaratkan pesawat itu di bawah seliaan seorang juruterbang senior merangkap kapten keselamatan, menurut koresponden penerbangan CNN, Richard Quest, yang turut berada dalam kokpit ketika itu.
Peristiwa itu turut dirakam CNN untuk dimasukkan dalam satu rancangan CNN Business Traveler.
"Amat menarik melihat bagaimana dia mendaratkan pesawat itu, memang sempurna." - ulasnya mengenai peristiwa yang berlaku pada 19 Februari lalu.
Fariq telah melakukan 2763 jam penerbangan, menyertai MAS pada 2007. Dia sebelum ini menerbangkan pesawat lain dan sedang berpindah ke Boeing 777-200 selepas melengkapkan latihan menggunakan simulator penerbangan.
Pembantu penerbangan MH 370 ketika pesawat itu hilang, Farid Ab Hamid. |
Quest mendakwa di dimaklumkan oleh pegawai MAS bahawa Fariq telah dilatih mengikut piawaian sama seperti juruterbang lain.
"Kapten pesawat mempunyai kawalan penuh ke atas pesawat itu, tetapi Fariq yang menerbangkannya."Pesawat yang hilang itu dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, warga Malaysia berusia 53-tahun dengan pengalaman penerbangan selama 18365 jam dan menyertai MAS pada 1981.
Komen Tedi:
- Pada mula Tedi dengar berita ni Tedi tak nak percaya.
- Tapi ini semua taqdir Allah dan kita hanya boleh berdoa semoga masih ada harapan.
- Amerika Syarikat juga dah masuk campur kerana pesawat terlibat adalah produk mereka, diharapkan kita dapat maklumat positif. Harapkan kerajaan Malaysia, laporan bas kemalangan pun lama nak siap, apatah lagi laporan stadium runtuh.
Sumber: First officer on missing jet was transitioning to 777-200s
9 Mac 2014
4 Ulasan
Ya Allah permudahkanlah segala urusan..semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku :'(
BalasPadamitulah, semoga semuanya berjalan lancar...
PadamHye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadamthanks singgah, ok, Tedi gi sana :)
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.