Ini kali pertama kami sekeluarga sampai di Tanjung Bidara
Setelah hampir 2 jam perjalanan dari Salak Tinggi, kami singgah makan dulu di Pengkalan Balak, satu kawasan di tepian pantai. Tak sempat pula Tedi merayau ke sekitar kerana sibuk melahap. |
Ini riak muka si Sakinah kalau ada sesiapa yang dia tak berapa nak ingat, cuba mendukungnya. |
Ini lauk Asam Pedas Melaka, tapi Tedi tidak berasakan sebarang kepedasan sama ada secara harfiah atau badaniyah. Apa Tedi cakap ni? |
Kami dapat chalet yang berhadapan dengan laut, bolehlah kami meninjau kapal yang lalu di Selat Melaka. |
Chalet yang disediakan mengandungi 3 bilik, 2 tandas, ruang tamu dan tiada dapur. Lorongnya pula adalah jalan mati jadi kenalah berundur selalu. |
Budak yang tak comel ni suka sangat main air liur... tak fahamlah Tedi... |
2 Ulasan
assalamualaikum,air laut dia bersih x dekat sini? macam best pulak tengok,hehe
BalasPadamhttp://akumohdfakhrulislam.blogspot.com/
bersih je laut dia, tapi malam x berapa happening sebab gelap.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.