بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Sebuah satelit China telah merakam gambar objek terapung yang besar di Laut China Selatan.

Ia disyaki sebagai tapak kapal terbang MH 370 terhempas.

Foto yang dihantar mereka turut menunjukkan tumpahan minyak di sekitar kawasan tersebut.

Apa yang menghairankan gambar itu dirakam pada 9 Mac iaitu sehari selepas kejadian namun baru dihebahkan kepada umum.

Objek terbesar yang dirakam adalah bersaiz 78 kaki kali 72 kaki, di mana ada 3 serpihan besar ditemui.

Lokasi adalah separuh jalan di antara Malaysia dan Vietnam, hampir dengan laluan kapal terbang tersebut.

gambar rakaman satelit yang didakwa tapak di mana kapal terbang MH 370 terhempas
China telah merakam gambar ini pada 9 Mac namun hanya mendedahkannya semalam. Tapi bila Tedi tengok gambar ni, Tedi rasa memang susah nak pastikan.

 

gambar rakaman satelit kononnya kesan tumpahan minyak di lautan di mana kononnya kapal terbang MH 370 terhempas
Gambar bertarikh 9 Mac 2014 ini seolah-olah kesan tumpahan minyak di kawasan kejadian.

 

 
gambar satelit lokasi di mana kononnya kapal terbang MH 370 terhempas
Lokasi disyaki kapal terbang MH 370 terhempas.

Namun penemuan ini disangkal kerana tiada penemuan serpihan kapal terbang penerbangan MH 370 tersebut dan ada data yang menunjukkan kapal terbang itu masih berada di udara 4 jam selepas terputus hubungan.

Penyiasat dari Amerika Syarikat menyatakan kapal terbang itu terbang selama 5 jam berdasarkan data daripada enjin Rolls Royce kapal terbang Boeing 777 itu yang dimuatturun secara automatik melalui program pemerhatian rutin.

Amerika Syarikat mempunyai kaitan dalam kes kehilangan kapal terbang MH 370 ini kerana Boeing adalah syarikat pengeluar kapal terbang yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Sebarang ancaman kepada reputasi syarikat tersebut bermakna kerugian kepada negara tersebut.

Tedi berdebar dan masih mengharap kapal terbang itu selamat, namun apa yang buruk bagi kita, mungkin sebenarnya baik bagi kita.

Hanya Allah subhanahu wa ta'ala yang Maha Mengetahui.

 


Ditaip pada 20140313, karangan ini adalah mengenai dakwaan penemuan lokasi kapal terbang penerbangan MH 370 terhempas. Nahas kapal terbang MH 370 adalah misteri penerbangan yang belum terjawab apabila kapal terbang tersebut hilang dalam penerbangan dari Malaysia ke China. Kapal terbang MH 370 terputus hubungan apabila bertukar menara kawalan Malaysia kepada Vietnam. Banyak spekulasi mengenai nahas kapal terbang ini dan ini adalah salah satu daripada spekulasi tersebut. Karangan ini berdasarkan kepada laporan di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2579524/Chinese-satellite-finds-suspected-crash-site-Malaysian-Airlines-flight-370-South-China-Sea-did-three-days-release-them.html.

~20140313~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih