Itulah yang dilaporkan oleh pusat kawalan udara Malaysia, ketika mereka menyerahkan kawalan udara kepada Pusat Kawalan Udara Ho Chi Minh.


Tetapi 3 minit kemudian pusat kawalan udara Vietnam itu mendapati MH 370 hilang daripada radar, manakala semua hubungan komunikasi terputus.

Semuanya berlaku hanya selepas sejam pesawat itu berlepas, di sempadan Malaysia dan Vietnam.

Kru pesawat Boeing 737 Surveiller dari Skuadron Udara  ke-5 Black Mermaids berdoa sebelum melakukan pencarian pesawat MH 370 di sepanjang Selat Melaka. Mereka berlepas dari Pangkalan Udara Suwondo di Medan, Sumatra Utara.


Kehilangan itu berlaku semasa cuaca baik, manakala kerosakan mekanikal dijangka tidak berlaku.

Tedi pun keliru dengan keadaan ini. Telah banyak Tedi tonton Air Crash Investigation tapi kes ini memang pelik!

Tapi inilah masanya manusia mula menyedari kebesaran Allah, bagaimana laut yang selama ini kita pandang enteng, tiba-tiba kelihatan sangat luas.

Rakit getah ditemui di Selat Melaka.


Tadi Tedi baca berita penemuan rakit getah di Selat Melaka, malangnya rakit itu tenggelam sebelum dapat diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Tedi agak terkilan walaupun pada mulanya agak keliru kerana setahu Tedi kapal terbang tiada rakit udara. Kenapalah APMM tak berusaha selamatkan?

Tapi ada seorang pakcik berkata, jangan komen kalau tak tahu cerita.

Dia kata ketika APMM sampai, rakit itu memang dah tenggelam 4 meter. Bos pasukan APMM itu terjun ke laut tapi tak berjaya.

Lagipun rakit getah itu telah berlumut dan mereka tak percaya ia ada kena-mengena dengan MH 370.
20140312