Restoran Ayam Pop adalah restoran masakan Minang.

Masuk bulan ni dah hampir setahun kami ke Medan. Tengok foto-foto lama ni teringat cerita di sana.

Gambar di bawah ini ketika kami di malam terakhir di Medan, pada waktu Maghrib selepas seharian berjalan di bandar Medan, singgah makan malam di sini.


Apa yang perlu diketahui semasa di sana, kedai makan selalunya akan hidangkan banyak lauk-pauk di atas meja. 

Mereka akan kira apa yang kita usik, jadi kalau rasa nak cuit sikit-sikit tu bolehlah fikir 4-5 kali, takut melopong semasa bayar. 

Lainlah kalau harga makanan itu telah ditampung oleh pihak ejen, ketika inilah rasa bertuahnya kerana ambil pakej, tak payah pening-pening fikir pasal bayar makanan.


Tengok sahaja bangunannya dah tahu Restoran Ayam Pop ini ada kelasnya, jadi mungkin gerun sikit nak menjejakkan kaki ke dalamnya. Kecuali bagi mereka yang urban, kedai macam ni biasa-biasa sahaja.


Seperti biasa kedai Minang akan menggunakan bumbung Minangkabau yang terkenal itu. Begitu juga dengan kedai ini, cuma Tedi tak dapat tangkap gambar keseluruhan sebab kamera biasa-biasa saja.