Pagi tadi kami berkejar ke destinasi.
http://www.negarakita.com: Dr M: Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP. |
Seperti biasa Master dan Mommy menuju ke Bangsar untuk bekerja, manakala Tedi pula ke sekolah.
Perjalanan agak lancar dan seperti biasa kereta kami dipandu agak laju.
Masuk sahaja lebuhraya MEX (Maju Expressway), jalan tiba-tiba sesak teruk seteruknya sebelum tol.
Kemudian tiba-tiba sahaja kereta kami tak dapat bergerak, dan kami tersangkut di tengah jalan dalam kesesakan jalan.
Kami hubungi MEX dan mereka hantar peronda. Adalah 20 minit juga kami menunggu padahal tempatnya tidaklah jauh sangat, jalan kaki pun boleh sampai.
Tapi tak mengapalah.
Semasa menunggu tu, Master pasang lampu kecemasan dan juga segitiga keselamatan. Letak jauh-jauh sikit sebab kereta-kereta yang mula laju kerana kesesakan mula reda nampaknya kurang perasan situasi kami sehinggalah apabila mereka hampir ke kereta kami.
Apabila peronda MEX tu sampai mereka tolak kereta kami ke tepi. Maaf dan terima kasih bebanyak kepada mereka kerana tidak memaksa Tedi keluar daripada kereta.
Kemudian mereka suruh Master hidupkan enjin, dan mereka kata timing belt (tali sawat pemasaan) kereta kami telah putus. Mereka kata MEX tidak sediakan khidmat tunda kereta maka kami perlu hubungi mana-mana bengkel yang sediakan perkhidmatan itu.
Kemudian mereka meminta izin untuk beredar kerana ada kemalangan, yang menjadi punca kepada kesesakan jalan tersebut. Nasib baik Tedi tak marah-marah tadi, kerana ternyata mereka ada urusan penting, bukannya duduk goyang kaki.
Kami hubungi Pusat Servis Proton di Salak Tinggi dan mereka majukan kami kepada sebuah bengkel yang lain.
Dipendekkan cerita, kereta kami ditunda ke bengkel berkenaan yang kebetulan sederet dengan bengkel yang memasang timing belt tersebut. Setelah diperiksa memang didapati keadaannya memang hancur teruk dan tuan bengkel yang memasang timing belt tu pun kelihatan terkejut, sedangkan jarak perjalanan baru 20000 kilometer manakala timing belt itu direka untuk perjalanan sehingga 100000 kilometer (disarankan guna sehingga 80000 kilometer sahaja).
"Dah usaha tukar awal timing belt tu, tapi kalau nak jadi tu, jadi juga. Redha saja la."
Tedi pula bila lihat keadaan timing belt tu memang jelas berbeza dengan timing belt yang asal daripada Proton, di mana timing belt Proton nampak sangat kukuh. Tapi masa pasang dulu jelas kelihatan kotaknya jenama Mitsubishi.
Kita bersangka baik sahajalah, dan Master hanya meminta jasa baik pemilik bengkel itu menggantikan timing belt tersebut manakala kerosakan lain kami tanggung sendiri. Bajet pembaikan dijangka dalam harga RM 700 tidak termasuk timing belt.
Enjin kereta kami dibuka, mendedahkan 12 injap enjin bengkok, manakala piston cuma calar dan tidak berlubang.
Tinggallah kereta itu di situ, menunggu masa kami menjemputnya kembali. Insya-Allah Ahad ni siap.
Indah sungguh ketentuan Allah.
- Kami tak tahu nak bergembira atau tidak dek kesesakan jalan yang tiba-tiba berlaku? Kesesakan itu menyebabkan kereta kami dapat berhenti dengan aman tanpa dirempuh mana-mana kereta. Tetapi kesesakan itu berlaku disebabkan kemalangan motosikal merempuh kereta! Haruskah kami bersyukur? Memang harus. Tapi mungkin kami tak layak bergembira.
- Kerosakan ini berlaku pada hari Jumaat, jadi kami boleh menunggu sehingga kereta kami siap.
- Kejadian berlaku tidak jauh daripada Salak Tinggi, jadi kami boleh kembali ke kawasan rumah kami.
Semuanya ada hikmah, kita sahaja tidak mampu menafsirkannya.
Betullah kata-kata itu sehingga ada oarang yang berkata "Pelik sungguh kerja Tuhan!" dek kerana tak dapat memahami sebab-musabab setiap kejadian, yang penting kita redha.
Setiap musibah ada hikmah dan insya-Allah akan menjadi pemadam dosa-dosa kita jika kita redha. Jangan mudah salahkan makhluk kerana semua itu taqdir.
Inna lillah, wa inna ilaihi raji'un. Alhamdulillah.
7 Mac 2014
4 Ulasan
dah lama akak tak singgah sini.. syukur tiada kejadian buruk berlaku.. mahal juga kos pembaikannya.. betul tu tedi, selalunya 80,000km baru kena tukar..
BalasPadamNak kena nak buat macam mana. Ujian. Mahal sebab enjin affected. Huhu
PadamRasanya timming belt asal saga blm berjenama mitsubohi. Kalau Mitsubishi tu rasanya yang tak original. Cik boleh rujuk di carian internet mengenai jenama timming belt Mitsubishi saga BLM
BalasPadamkalau Tedi Google memang org guna Mitsubishi. Timing belt tiruan Proton Saga BLM namanya Mitsuboshi. macam-macam.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.