بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Malam ni bulan agak besar berbanding biasa.

Tedi jangkakan musim mencandat sotong sudah hampir tiba, tambahan semasa di Mabul kelihatan beberapa rumah sudah menyiapkan candat.

Tetapi benarkah candat yang mereka sediakan itu adalah untuk mencandat sotong? Atau mungkinkah candat mereka itu ada kegunaan lain selain menangkap sotong? 

Mungkin candat juga boleh digunakan untuk menangkap ikan? Tambahan candat yang mereka gunakan adalah candat moden.

Gambar candat tradisional dan candat moden
Sebelah kiri adalah candat tradisional. sotonglaut.blogspot.com: Candat Torak

Candat Sotong

Candat adalah satu alat menangkap sotong berupa beberapa mata kail yang dililit bersama selalunya menggunakan timah dan dibalut dengan kain yang berwarna terang.

gambar penggunaan candat mayat untuk candat sotong
www.lubuk.net: Teknik Candat Mayat

Tedi tak tahu fenomena apa yang menyebabkan bulan semakin besar, tapi omputeh menyatakan Bulan Besar Berdarah bakal tiba pada Isnin nanti.

Fenomena ini sebenarnya adalah sebahagian fasa gerhana bulan penuh di mana bulan akan terlindung sepenuhnya di sebalik bebayang bumi.

Gerhana bulan penuh terakhir berlaku pada 10 Disember 2011.

Gambar fenomena gerhana bulan

20140417