Ini adalah soalan yang selalu ditanya kepada Tedi, macamlah Tedi ni selalu sangat buang double sided tape tu dari dinding.

Tapi Tedi jawablah sekadar mampu. Alang-alang menjawab soalan cara menghilangkan double tape di dinding tu, Tedi kepilkan sekali dalam interpretZZ, kan senang, hehehe.

Gunakan pengering rambut

  • Jangan gelak. Gunakan pengering rambut untuk panaskan gam pada pita pelekat tu.
  • Kemudian bolehlah kikis gunakan kad macam kad ATM tu...
  • Selain pengering rambut, Tedi suka gunakan steam iron... ada air panas keluar, alah, guna teknik macam nak cabut setem daripada sampul surat.

Gunakan WD40 atau alkohol

wd-40 boleh digunakan untuk hilangkan kesan double tape.
  •  Selain itu Tedi ada juga gunakan WD40, selain alkohol.
  • Alkohol yang dimaksudkan adalah pencuci macam pencuci kaset tu.

 

gambar set pencuci pemain kaset berjenama Philips
Pencuci kaset pun boleh digunakan sebab ada alkohol, tapi tak berbaloilah
  • Basahkan kain dengan cecair tu kemudian sapu perlahan-lahan.
  • Tapi leceh jugalah guna cara ni.

Gunakan air panas dan sabun pencuci pinggan

  • Teknik ni Tedi gunakan apabila pada pintu kayu, sebab tak mahu calar-balar.
  • Percayalah bahawa ini adalah teknik paling leceh, hehehe, tapi paling sesuai untuk kayu-kayan.

Itu sahajalah teknik yang pernah Tedi gunakan sepanjang Tedi bersekolah ni, hehe.

Mungkin cara melepas double tape yang Tedi catatkan di atas tidak bersesuaian dengan pengalaman kawan-kawan. Perkara paling sukar tentunya adalah untuk menemui cara hilangkan gam double tape sekaligus cara hilangkan kesan double tape.

Kiriman lain yang berkaitan:

  1. Bahana tampal poster merata-rata.

Kiriman ini pertama kali diterbitkan pada 29 April 2014 dan mungkin ada kaitan dengan tips macam mana nak tanggalkan double side tape pada dinding, cara menanggalkan double tape, tanggalkan kesan gam double tip,  cara menghilangkan bekas double tip di tembok, salontip bahan kikis double tape, doubletip, cara mudah cabut pita plakat.