Ralik mencari tips belajar, akhirnya Tedi bersua dengan akak Nik Nur Madihah.
Dah lama tak dengar khabar akak ni, semoga dia belajar dalam pelajaran dan menjadi suri contoh kepada muslimah di Malaysia. Jika kawan-kawan tak kenal siapa beliau, kakak Nik Nur Madihah ni adalah pelajar yang mendapat keputusan 20A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di mana 19 A1 dan 1 A2.
Keputusan itu tampak lebih membanggakan apabila beliau adalah dari keluarga susah dan kita boleh kata ibu bapanya tidak belajar tinggi mana. Ini boleh menjadi satu aspirasi kepada semua pelajar bahawa kemiskinan dan kesusahan hidup takkan jadi penghalang untuk kita berjaya.
Kejayaan dalam SPM bukanlah satu destinasi akhir dalam kehidupan namun ia adalah pintu untuk para pelajar melangkah jauh terutamanya untuk memasuki universiti atau institusi pengajian tinggi. Ia adalah tiket penting terutama bagi mereka yang tidak berduit.
Jika anda ada duit tentu tidak jadi kesusahan nak belajar di mana pun, tetapi jika anda tiada duit, keputusan SPM adalah satu asas yang penting untuk mendapatkan pendidikan lebih tinggi.
Ini adalah info tentang beliau yang Tedi terserempak ketika merayau di alam maya sebentar tadi.
- Berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.
- Baguslah akak ni, Tedi tak puasa sunat pun.... hari-hari duk ratah ikan.
- Bawa wang saku hanya RM 1 (seringgit) ke sekolah.
- Master kata dulu-dulu dia bawa 50 sen je ke sekolah, 20 sen beli roti, 30 sen simpan buat beli buku rujukan.
- Jawab soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
- Sebenarnya bahasa apa pun tak kisah asalkan faham.
- Hobinya adalah membaca terutama novel Faisal Tehrani.
- Hobi Tedi pun membaca, tapi baca tulisan sendiri, hahahaha.
Keratan akhbar menunjukkan petua yang diamalkan Madihah untuk berjaya dalam pelajaran.
Kartun di atas menunjukkan situasi di mana Madihah mendapat banyak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.