Mommy sedang menyiapkan cenderahati tetamu untuk majlis perkahwinan Mak Lang.

Kali ini kami nak terjah Fantasy Jungle Food pula.

Teddy tak tahulah sama ada benda tu betul disebut cenderahati, tapi Mommy panggil door gift. Kalau kawan-kawan Tedi yang duk di Amerika Syarikat biasalah kot sebut door gift ni.

Tedi sebagai beruang Malaysia cukuplah sebut cenderahati, kan? Takkan nak sebut hadiah pintu pula kan? Nampak sangat terjemahan langsungnya (direct translation) nanti.

gambar bayi lelaki comel yang dibuang dan diletakkan di depan pintu
duniaitu: 'Hadiah istimewa' di muka pintu.

 

Tak mahulah nanti Tedi disampuk oleh Usop Welcha dengan nasihat, "itulah pentingnya English education."

Jadi, Tedi nak jadikan cerita, Mommy minta Tedi cari di manakah tempat paling bagus untuk dapatkan makanan ringan (jajan) yang murah-murah (kalau bukan tersangat murah).

Mommy kata nama tempat itu adalah Fantasy Jungle Food. Mommy dah cari siap-siap, Tedi cari peta je.. hehe.. (Maaf cakap, Mommy tak reti baca peta.. hik hik.. tak kiralah peta atas kertas atau Google Maps..)

gambar NSK Wangsa Maju
Inilah gamaknya rupa NSK Wangsa Maju tu. Kita tengok je lah nanti. Nak kena bawa kamera ke ek? DSLR je yang Tedi ada, takkan nak usung dalam pasar borong kot, nampak sangat keberuangan Tedi ni nanti.

Mencari dan mencari, di manakah tempatnya? Tedi dapati ia berada di Wangsa Maju, jika dilihat pada alamatnya ia macam dalam NSK Wangsa Maju. Selain itu ia ada juga di NSK Selayang.

Persoalan mula menerjah benak fikiran Tedi ni, adakah Fantasy Jungle Food ini adalah salah satu cabang NSK itu sendiri? Jika benar, maka sepatutnya ia akan ada di semua NSK.

Jika benar ia ada di semua NSK, maka sepatutnya kami hanya perlu pergi ke NSK yang berhampiran iaitu NSK Balakong.

gambar peta lokasi NSK Balakong
Kalau harga betul-betul murah dan dekat pula dengan rumah, memang murahlah, kan kan kan?

NSK Wangsa Maju tu macam jauh pula, sejam perjalanan tu, itupun jika tiada kesesakan lalu lintas. Macam mustahil je sebab hari ini hari minggu dan kami terpaksa melalui Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2).

Tak mengapalah, kita terjah je la dulu, mana tahu dapat pengalaman baru bak kata orang zaman dulukala, "Jauh berjalan, luas pandangan."
gambar melancong ke luar negara
ashblackcondor: Jauh berjalan luas pandangan.

Karangan ini telah diterbitkan buat pertama kali pada 27 April 2014.