Sempena semangat keperwiraan yang merasuk Tedi pada malam ini...

Hang Jebat went on a rampage demanding justice for Hang Tuah. Another note states Hang Lekir is raging. Then the Bendahara of Melaka asked the Sultan to forgive Tuah who was hidden in Hulu Melaka. This is because their three friends (other than Jebat or Lekir) are not able to defeat the raging Jebat (or Lekir).
Hang Jebat mengamuk menuntut bela atas hukuman ke atas Hang Tuah. Catatan lain menyatakan Hang Lekir yang mengamuk. Kemudian Bendahara Melaka meminta Sultan memaafkan Tuah yang disembunyikan di Hulu Melaka. Ini adalah kerana kawan mereka yang bertiga (selain Jebat atau Lekir) tidak mampu menewaskan Jebat (atau Lekir) yang mengamuk itu.

Tedi sebenarnya agak keliru kenapa Hang Jebat tidak mengamuk semasa Hang Tuah belum dihukum bunuh?

Hang Tuah fights with Hang Jebat - Abd Ghafar Bahari.
Lukisan menggambarkan Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat di atas talam - Lukisan karya Abd Ghafar Bahari.

[ta.lam] | ØªØ§Ù„Ù…

Definisi: sejenis dulang yang tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dan lain-lain)
Contoh ayat: dia keluar membawa sebuah talam yang berisi secawan kopi; kuih talam atau tepung talam sejenis kuih yang lapisan bawahnya dibuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) daripada santan kelapa; seperti talam dua muka peribahasa perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keun­tung­an diri sendiri), double agent; seperti air dalam talam peribahasa bermaksud dalam keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi: 
dulang tidak berkaki tempat me­nyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

The painting depicts Hang Jebat dying in Hang Tuah's lap.
Lukisan menggambarkan Hang Jebat mati di pangkuan Hang Tuah.    

 

Malay History records that Hang Tuah unmatched in the golden age of Malacca. Tedi believes that Hang Tuah's name is not only famous in Melaka but also in Singapore and Indonesia.
Sejarah Melayu mencatatkan bahawa Hang Tuah tiada tolok bandingnya pada zaman kegemilangan Melaka. Tedi percaya kerana nama Hang Tuah bukan hanya terkenal di Melaka malahan di Singapura dan Indonesia juga.

 

Hang Jebat and Hang Tuah are said to be fighting on a tray in Istana Melaka because the floor was stabbed by the spear of the palace guard.
Hang Jebat dan Hang Tuah dikatakan berlawan di atas talam dalam Istana Melaka kerana lantai ditikam oleh tombak pengawal istana.    
Hang Tuah was given the Taming Sari dagger after killing the Majapahit hero.
Hang Tuah dikurniakan keris Taming Sari setelah menewaskan pahlawan Majapahit. Lukisan menggambarkan pertarungan di antara dua pahlawan ini.

Taming Sari (Jawiتميڠ سري/ تاميڠ ساري) ialah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari ialah seorang hulubalang yang paling handal di Majapahit ketika itu dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada, untuk membunuh Hang Tuah. [Taming Sari - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas]

Kiriman lain yang berkaitan: