Setelah setahun menunggu akhirnya masa ke Mabul telah tiba.


Dan penantian ini dicemari pula dengan siri penculikan pelancong di pulau di Sampoerna dengan penculik meminta USD $11 juta sebagai tebusan.

Namun pihak Polis Di-Raja Malaysia pula telah memberi jaminan keselamatan kepada para pelancong yang mahu ke sana.

Pagi ini seperti biasa, Tedi tak dapat bermimpi kerana tak dapat tidur, sedangkan penerbangan ke Tawau hanya beberapa jam sahaja lagi.

Kami akan bergerak ke Terminal LCC dalam jam 4 pagi nanti (2 jam sahaja lagi), untuk urusan daftar masuk dan merebut tempat letak kereta yang berharga RM 16 sehari.

Semalam pada jam 9 malam, semasa kami jemput Eicak dan keluarga dari Terminal LCC, kami lihat tempat letak kereta sudah dibanjiri kereta. Esok sudah tentu Master akan terpaksa berjalan jauh dari tempat letak kereta ke lobi daftar masuk.

Penerbangan ke Tawau akan memakan masa 2 jam 45 (penerbangan sahaja), kalau kira masa menunggu, dekat 5 jam juga, jadi amat penting kami kami menempah sarapan pagi dalam penerbangan.

Sampai di Tawau, kami akan naik kenderaan darat selama 45 minit pula untuk ke bandar Sampoerna.

Kami akan melepak di Scuba Jeff Sipadan, dalam masa 3 hari 2 malam sahaja.

TravelFish kata Scuba Jeff adalah pilihan murah dengan bilik air yang dikongsi. Punyai WIFI tapi hanya selepas jam 6 petang hingga 6 pagi semasa elektrik ada (guna generator). Berbaloi bagi mereka yang mahu diving lama-lama di sana.

Insya-Allah esok Tedi sudah boleh berjemur di tepian pantai.
20140411