Pada suatu petang tinggal hanya Master dengan rakan sepejabatnya di pejabat.

gambar Albert Einstein oh ok
Oh OK. Albert Einstein.

Mereka asyik menyiapkan kerja masing-masing.

Tiba-tiba sahaja makcik (rakan sepejabat Master) tu bersuara,"Awak nak tahu sesuatu?"

Master berhenti kerja sambil menjeling si makcik (mustahil Master nak merenung, jadi menjeling tu kira dah habis baguslah tu), seolah bertanya, "Apa dia?",

"Saya akan bercerai tak lama lagi."

Master diam, kemudian kata, "owh... okay.", dan kemudian sambung kerja beliau tanpa berkata apa-apa.

"Saya harap awak rahsiakan perkara ni.", sambung makcik itu lagi.

Master jeling lagi, senyum sikit (dengan gaya yang pelik), kemudian sambung kerja beliau, seolah-olah bermaksud, "Jangan risau."

Tedi pun tak fahamlah kenapa makcik tu nak bercerita dengan Master yang tak pernah bagi response apabila orang lain bercerita. 

Mungkin itulah sebabnya? Kerana makcik tu tahu Master takkan sibuk-sibuk mencanang ceritanya ke sana ke mari?

Akhir kisah, kawan-kawan Master akhirnya tahu kisah makcik itu, melalui mulut makcik itu sendiri...

Selalu tidak bermakna sepanjang masa.

Unta Mesir: Kenangan 2012

Tapi bukan pada setiap masa Master akan berdiam diri, ada masanya dia akan menyampuk jika sesuatu itu ada dalam bidang pengetahuan dia.

Tapi jika ada sesiapa sahaja yang tak mahu dengar dan berfikir dia serba tahu, maka Master kan kembali berdiam diri.

Kadangkala kita tak perlu orang tahu bahawa kita tahu...

Kadangkala kita tak perlu orang peduli bahawa kita peduli...

20140414