Singgah di hentian rawat dan rehat utama bas ekspress di Kuala Lipis, Pahang.
Dah lama Tedi tak sampai di hentian ini, dan selalunya takkan singgah pun sebab harga makanannya mahal gila babi hutan sebab duk tengah-tengah hutan kot... Tedi pun tak tahu la...
Tapi bila Tedi jejakkan kaki kali ni, terkejut juga la sebab nampak tempat ni dah berubah. Kalau dulu macam kampung koboi, sekarang dah nampak macam pekan koboi.
Tapi mengikut pengalaman Tedi, tempat ni kira lebih bagus dari sebahagian tempat Tedi pernah pergi di ASEAN (macam la pergi banyak tempat, wakakaka)
Tempat ini adalah hentian utama para pengguna jalan raya Kuala Lumpur - Kelantan. Kalau jalan ni dimajukan dan hentian ini dibangunkan, mungkin boleh jadi "lebuhraya" utama di Malaysia. |
Dengan pencahayaan yang baik, tempat ini kini nampak ceria. |
Dulu kedai kayu, sekarang dah berbatu-bata. Harga tetap mahal. Minum air teh pun RM 2 (dua ringgit Malaysia sahaja). |
Dah ada label Pusat Perhentian Merapoh, menunjukkan ada usaha pihak terterntu untuk melakukan penjenamaan semula ke atas hentian ini. |
Pada jam 3 lebih pagi, tempat ini masih meriah seperti dahulu kala. # Elakkan keracunan makanan di bulan Ramadhan # Gerai jual burger # kedai jual makanan # |
20140419
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.