Alamak! Nampaknya taman kami kini jadi sasaran pencuri.

http://edisi-politik.blogspot.com/2014_03_07_archive.html

Tedi pun tak tahulah kenapa mereka ini mencuri?

Siapakah mereka yang mencuri ni? Kenapa mereka mencuri? 

Adakah mereka tidak gerun dengan undang-undang negara kita yang berdasarkan hukuman zaman penjajah?

Atau adakah kerana mereka terhimpit dengan kesusahan hidup?

Atau adakah kerana mencuri itu kelihatan amat mudah bagi mereka dan tiada risiko?

Kini pencuri di negara kita semakin produktif mencuri.
 

Rumah sewa menjadi sasaran.

Kecurian semalam berlaku melalui sebuah rumah sewa yang dihuni pelajar sebuah kolej. Adatlah bagi pelajar yang menyewa ni, mereka tidak mengunci pintu pagar rumah.

http://mynewshub.my/2013/12/02/suami-isteri-rugi-rm34000-rumah-dimasuki-pencuri/


Akibatnya pencuri masuk melalui pintu pagar mereka, sebelum memotong pagar dawai jiran sebelah (kepada rumah sewa tersebut) dan mencuri motosikal. Rumah sewa pelajar itu khabarnya dimasuki namun tiada berita lanjut.

Kepada semua penyewa rumah terutamanya pelajar, sila berkongsi tanggungjawab mengunci rumah sewa anda, jangan fikir malas nak kunci kerana ramai orang boleh kuncikan.

Sentiasa berwaspada kerana mungkin ada mata yang sedang mengintip gerak-geri kita.