Pagi tadi sekitar jam 7.30, kami hantar Mommy ke Stesen ERL Salak Tinggi.
Sudah menjadi kegemaran 1Malaysia untuk menikmati Nasi Lemak pada pagi hari. [Kredit gambar: masak-masak] |
Mommy ada kelas pagi ni di UITM Puncak Alam, maka seperti hari bekerja kami keluar rumah awal untuk hantar Mommy.
Selepas hantar Mommy, Master ajak Tedi bersarapan pagi di Kota Warisan, di sebuah medan selera di sana, di Jalan Warisan Megah 1/6, kalau Tedi tak silap.
Peta menggambarkan kedudukan medan selera Kota Warisan. |
Makan nasi lemak sebab beberapa minggu yang lalu Master makan di sebuah gerai di sana, rasanya sedap dan menyelerakan.
Tapi tadi, rasa nasi lemak tu kurang, adakah mungkin kerana Tedi kenyang? Tak logik pula sebab semalam Tedi tak makan ikan, makan sushi je kot...
Inilah yang menjadi masalah kepada peniaga makanan di Malaysia, mereka tidak konsisten, sekejap sedap, sekejap tidak. Mereka seharusnya meniru francais makanan luar yang menyediakan piawaian tertentu untuk penyediaan makanan.
Piawaian itu tidaklah bermaksud kena patuhi ISO, sebaliknya cukuplah macam "Gula harus dimasukkan 5 kilogram", dalam erti kata lain resepi mereka itu haruslah ada sukatan bukan secukup rasa, dengan harapan apabila bertukar tukang masak, resepi mereka tetap sama.
20140426
2 Ulasan
betul tu tedi.. selalu tak konsisten.. takkan nak pergi tanya, "hari ni masak sedap tak?"
BalasPadamhahaha... lawak lak akak ni :P
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.