Prestasi komputer riba Tedi semakin merudum dimamah usia.


Hal ini menyebabkan Tedi memilih untuk membuang semua perisian yang Tedi tak berapa guna atau tak boleh gunakan.

Kali ini Tedi memilih untuk membuang Google Chrome dan perisian antivirus Ad-Aware.

Google Chrome dipilih kali ini kerana ia makan terlalu banyak memori di atas komputer yang perlahan. Sebelum ini pada komputer riba yang lebih berkuasa, Tedi memang lebih gemar gunakan Chrome kerana ciri-ciri yang ada padanya. Namun pada komputer yang tak berapa hebat, jelas ia mempengaruhi prestasi komputer riba Tedi ini.

Ad-Aware yang sebelum ini Tedi pasang kerana dinobatkan sebagai antivirus percuma terbaik, terpaksa juga Tedi buang kerana ia menelan kuasa komputer Tedi ini, selain ada masalah kehilangan fail jenis .dll.



Selepas membaca beberapa pendapat Tedi memilih BitDefender Antivirus Free Edition yang dikatakan sebagai antivirus percuma terbaik yang berupaya mengesan virus merbahaya dan juga tidak melahap kuasa komputer kita.

Apa-apa pun antivirus percuma memang tidak lengkap, jadi pilihan adalah mengikut ciri-ciri kegemaran masing-masing.

Buat masa ini Tedi lebih mementingkan prestasi diutamakan.
20140421