Semalam pergi periksa kereta Proton SAGA BLM Mommy.
Kami ke wakil Pusat Servis Proton di Bandar Baru Salak Tinggi (You Auto Sdn Bhd), sebabnya ada minyak hitam menitis keluar.
Selain itu Master ajak kawannya bawa kereta Proton Savvy beliau untuk diperiksa.
Seal salur minyak hitam rosak.
Mekanik angkat kereta tu (bukan macam Superman) dan periksa bawah enjin. Ada minyak hitam menitis melalui nat salur keluar minyak hitam.
Nat ni pomen akan buka apabila mereka nak keluarkan minyak hitam.
Mekanik pun gantikan satu benda namanya seal, katanya dah rosak, mungkin kehausan (bukan sebab cuaca kemarau). Dia tak caj apa-apa, kira percumalah tu.
Gear lima susah nak masuk.
Lepas tu Master bertanyakan hal ada satu bunyi halus apabila tukar gear lima. Memula Master sangkakan kena tukar plat klac kereta, tapi mekanik tu kata itu tanda bosch (ejaan ni betul ke tak, wallahua'lam) pecah.
Dia pergi ke bawah kereta dan tunjukkan satu benda, dia usik je benda tu bergegar dan pasangan benda tu macam ok je. Benda tu ada sepasang.
Dia kata kos nak tukar dalam RM 100 (seratus Ringgit Malaysia) termasuk upah. Tapi bos dia boleh bagi diskaun (macam biasa).
Kos tukar cakera klac.
Apabila ditanya perihal tukar cakera klac, mekanik tu kata kos dalam RM 600 ke RM 700 termasuk upah. Boleh dapat murah di luar tapi mereka cuma tukar barang-barang cakera klac sahaja, manakala You Auto akan tukar barang-barang lain yang ada dalam gear box.
Mungkin sebab jangka hayat barang-barang tu sama, maka mereka memang ada polisi turunkan gear box sekali sahaja.
Untuk makluman Tedi tak pasti sebenarnya sama ada benda yang akan diturunkan tu adalah gear box, hehehe.
Kereta bergegar semasa dipandu perlahan.
Lagi satu masalah yang Master perasan adalah kereta Mommy tu bergegar apabila Master pandu perlahan.
Master suruhlah mekanik tu buat pengimbangan (balancing) dengan kesudian Master untuk membayarnya.
Tapi bos mekanik tu tiba-tiba menghilang dengan kereta Mommy tu. Rupa-rupanya dia pandu uji.
Apabila dia kembali ke bengkel tu, dia kata balancing tidak bermasalah, tapi cakera brek perlu di-skim (gamaknya macam gosok bagi licin) sebab cakera tu bengkok.
Dia kata cakera brek tu tebal lagi maka boleh skim, tapi dia tanya dulu sama ada brek tu pernah di-skim sebelum ni. Kalau tak pernah, maka ia boleh dilaksanakan.
Katanya kos dalam RM 80 (lapan puluh Ringgit Malaysia), tapi tak payah buat sekarang, tunggu masa servis yang bakal menjelang tak lama lagi... Mungkin dia nak buat sekali harung maka kos buruh dapat dijimatkan. Situasi menang-menang, kata orang putih.
Periksa kereta Savvy juga.
Selain kereta Mommy, Master turut membawa kawan beliau untuk memeriksa kereta Savvy yang Master pinjam hari tu, yang tiba-tiba lampu isyarat auto menyala.
Sebelum ni mereka dah periksa di kedai Renautech dan kos pembaikan dijangka mencecah RM 1300 (seribu tiga ratus Ringgit Malaysia) kerana accummulator rosak.
Mekanik tu periksa minyak dan kata minyak gear kurang. Tedi tak pasti sama ada minyak gear yang kurang sebab dia kata ada 2 jenis minyak untuk gear Savvy, satu minyak gear dan satu minyak pam gear AMT.
Kena tinggal kereta tu semalaman dan kos dikatakan dalam RM 200 (dua ratus Ringgit Malaysia).
Kawan Master pun sedia cuba cara tu dulu, dengan harapan mekanik tu betul.
Puas hati dengan You Auto?
Ermm setakat ni puas hati kerana kerja mereka nampak professional dan mereka sanggup jawab apabila ditanya. Susah nak jumpa mekanik yang macam tu.
Tambahan pula mereka akan periksa dahulu, jadi tak membabi buta ikut arahan Master macam balancing kereta tadi tu.
Cuma barang mereka agak lambat sampai kerana mereka tempah daripada Proton, dan barangan Proton ni biasalah mahal, tapi bolehlah yakin sedikit sebab ada jaminan 6 bulan.
Resit pun bukan takat tulis tangan, mereka cetak resit standard Pusat Servis Proton. Lupa nak cakap yang You Auto ni ada 2 bengkel bersebelahan, satu memang Pusat Servis Proton, manakala yang kami pergi ni bengkel biasa (bukan kereta Proton pun datang), cuma bayaran dan harga mereka memang ikut Proton, termasuk jaminan, selain tak perlu temujanji.
Mungkin sebab tu mereka boleh kurangkan kos upah, yang mana semua sedia maklum kos upah Proton agak mahal, tapi berbaloi dengan perkhidmatan Proton yang periksa kereta ikut senarai semak.
Bengkel kereta biasa akan repair ikut masalah yang kita sebut je, termasuklah You Auto ni, tapi sekurang-kurangnya mereka akan mention masalah yang berkaitan.
Apa guna murah kalau guna sekejap rosak lepas tu bengkel tu tak mahu bertanggungjawab? Lainlah kalau kita boleh dapat barang murah, ada jaminan, dan bengkel tu memang kita kenal dan bertanggungjawab.
Kalau tiada maka terpaksalah mengharapkan bengkel yang ikut polisi Proton macam You Auto ni.
Tedi malas nak puji melambung sebab sebelum ni Proton COE USJ pun bagus, tapi tiba-tiba perkhidmatan mereka jadi macam kelam-kabut sedikit, tapi buat masa ni, boleh kata berpuas hati dengan perkhidmatan You Auto.
Kita hanya berusaha, Allah subhanahu wa ta'ala yang menentukan.
Puji manusia banyak-banyak pun tak guna sebab semuanya daripada Allah subhanahu wa ta'ala.
Manusia sentiasa melakukan kesilapan.
Kita dah berusaha, belum tentu semuanya akan ok mengikut kehendak kita, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Usaha dan tawaqqal.
Maklumat lain
Tedi kongsikan maklumat ni mana tahu bermanfaat kepada kawan-kawan, sementara Tedi melihat mereka dengan kaca mata positif. :)
You Auto Service Centre Sdn Bhd
40 & 41, Jalan 12 Kosmoplek Light Industrial Area Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 43900, Selangor
Tel: 03-87069587,
40 & 41, Jalan 12 Kosmoplek Light Industrial Area Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 43900, Selangor
Tel: 03-87069587,
Tel2: 016-3287453
Fax: 03-87069589
Fax: 03-87069589
Pusat servis Proton.
20140406
3 Ulasan
Bagus untuk mereka yang tinggal berdekatan yang memerlukan pemeriksaan kenderaan..
BalasPadamitulah, nasib baik ada bengkel macam ni yang berhampiran... ada lagi satu di jalan LCCT
PadamTerbaek servis ni 👍
BalasPadamJemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.