Balik ke kelas dengan semangat yang agak lemah.

gambar dua ekor teddy bear di tepi pantai di tepi laut
teddyandnibs.blogspot.com: Furburn


Mungkin kerana Tedi masih terimbau ombak yang menghempas pantai yang mengelilingi Pulau Mabul?

Masuk saja ke kelas, kawan-kawan menegur, "Eh Tedi, kau nampak gelap la."

Eh, eh, Tedi nampak gelap?

Maksudnya selama ni Tedi cerahlah ek?

Tak perasan pula Tedi selama ni yang Tedi ni cerah!

"Habislah kau Tedi, lama la kau nak cerah semula..."

Sakatlah banyak mana pun, bukannya Tedi kisah pun Tedi cerah ke gelap ke, yang penting Tedi sentiasa comel.

Tedi ok la, nampak gelap, sedikit macam udang kena panggang yang dah terlebih masak.

Mommy pula tak berapa ok sebab separuh gelap separuh cerah dek penangan teduhan awning tudungnya, hehehe.

Tedi sudah mengantuk, banyak nak cerita, tapi tiada daya...

Selamat malam... interpretZZ.. zzzzz..ZZ..zzz....ZZZ.zzzzzzzzzz

20140415