Ini kisah lama yang Tedi imbau kembali... Cerita tahun 2012

Tersebutlah sebuah  kisah pada tahun dahulukala tahun 2012, syarikat Mommy menganjurkan aktivit jelajah hutan ke Lubuk Tedung.

Aktiviti bermula sekitar jam 7 pagi, dan kami sampai ke Lubuk Tedung sekitar jam 11, setelah berjalan kaki meredah hutan.

Dalam perjalanan itu terserempak pula dengan pakcik makcik askar yang mungkin berlatih dalam kawasan hutan itu. Kami sering potong memotong, almaklumlah... nak tunjukkan siapa lagi hebat, hehehe.

Kawasan jeram yang kami serang merupakan kawasan landai dan airnya cetek. Mungkin ada kawasan lain yang lebih dalam yang kami tak jelajah. Di sini sebaik sahaja sampai, kami diarahkan memasak makanan mengikut kumpulan. Tedi tak masak sekali sebab Tedi makan ikan segar, nganga mulut dan ngap... nyam nyam...

Pada jam 3 petang, di Lubuk Tedung, Tedi sibuk menganalisa populasi lintah di sana. Ternyata mereka adalah makhluk dominan dan manusia yang memasuki daerah mereka tentu sahaja menjadi sasaran mudah. Master kata petua untuk elak diserang lintah adalah mencelup tembakau dalam minyak masak sebelum disapu ke keliling kaki (sebab lintah panjat dari bawah... tapi kalau lintah tu terjun dari pokok, kurang mujarablah...)  
Sedang leka bermandi-manda, ada pula motosikal melintas, rupa-rupanya kawasan jeram ni adalah kawasan kegemaran aktiviti motocross... alah.. motosikal yang boleh lompat-lompat tu...
Dipenuhi pokok-pokok balak yang besar, tinggi, dan teguh menunjukkan bahawa Lubuk Tedung ni dalam kawasan hutan yang agak jauh ke dalam.
Hampir jam 4 petang kami bersiap untuk berangkat pulang yang bermaksud meredah hutan untuk beberapa jam.. Tedi tak ingat berapa jam tapi nanti Tedi cuba cari gambar-gambar yang berkaitan. Kalau tanya jam Tedi ada berapa, jawabnya Tedi tiada jam sebab tangan Tedi kan besar...
Selepas memeriksa beberapa gambar, didapati kami keluar dari kawasan hutan dalam jam 7 petang, ini bermakna kami mengambil masa 3 jam untuk keluar.

Semasa dalam perjalanan tu memang rasa macam dah nak putus nyawa, kaki macam dah ringan melayang-layang padahal badan terasa amat berat. Mendaki bukit terutama bukit tertinggi yang dikenali Bukit Mabuk memang rasa macam nak pitam... hehehe...

Tapi ternyata ia pengalaman yang amat berbaloi untuk dicuba tambahan kawasan ni berhampiran Kuala Lumpur sahaja.

Jika ada sumur di ladang, boleh Tedi menumpang mandi.
Jika ada umur yang panjang, Tedi nak cuba pergi sana lagi...


20140425