Beberapa malam yang lalu (2 Mei 2014),Tedi tertonton Kabhi Kushi Kabhi Gham bersama Master.

Sebenarnya Tedi tak tahu pun ejaan tajuk filem tu, mohon ampun jika silap ya.

Ketika itu babaknya adalah ketika si Hitrik Roshan nak pergi ke London mencari abang beliau si Shah Rukh Khan.


Tengok cerita tu macam dah lama sebab Shah Rukh Khan nampak muda.
"Master dah lama ke tengok cerita ni?"
"Erm, selalu tertengok pun babak mula-mula si Shah Rukh Khan terjun helikopter. Tu aje lah"
Lain Tedi tanya, lain pula yang Master jawab.

Tapi... wah, Master tonton babak awal sahaja tu? Memang tipikal Master. Sekarang ni Master baru tonton babak sedikit tengah pula.
"Yang Master tonton tu dulu, bila?"
"Adalah dalam 14 tahun yang lalu"
14 tahun? Baru dapat tengok babak sedikit tengah? Gamaknya kalau nak tengok babak penamat pula, kena tunggu lagi 14 tahun? Gamaknya Amitabh Bachan pun dah dimakan cacing dan si Shah Rukh Khan pula dah tak kacak...

Master mengambil masa 14 tahun untuk mula sedari bahawa Shah Rukh Khan meninggalkan keluarganya dan dituruti adiknya si Hithrik Roshan yang mahu menyambungkan tali persaudaraan mereka. Dan Master mula ambil tahu apabila dia terdengar dialog Eid Mubarak yang diucapkan oleh Hithrik Roshan kepada keluarga kakak iparnya. Adakah cerita ini berkaitan dengan perkahwinan di antara 2 agama? Sebab itulah Master tak layan cerita bollywood yang didakwa beliau sebagai satu medium Yahudi merosakkan Muslimin di Timur Tengah. Jangan terkejut kerana orang Arab pun layan cerita Bollywood ni.

Adakah Master mempunyai masa 14 tahun lagi untuk menonton babak seterusnya?

Selesai makan malam, kami meninggalkan kedai, dan cerita Kabhi Kushi Kabi Gham itu tampaknya masih tidak diketahui jalan ceritanya.

Dan babak ketika itu adalah si heroin menggelekkan punggungnya di depan kamera... memang patut tak dilayan!
20140505