بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Beralih pula kepada Sophos

Komputer Windows 7 Tedi ni terlalu usang, namun masih digunakan kerana Tedi hanya mahukan penggunaan ringan iaitu untuk menaip dan edit gambar sahaja.

Masalahnya sekarang ialah sudah semakin sukar untuk mencari antivirus yang sesuai.

Kini Tedi mencuba pula antivirus daripada Sophos, satu nama yang Tedi tidak pernah dengar. 

Sophos Group plc adalah syarikat perisian dan perkakasan keselamatan Britain. Sophos mengembangkan produk untuk titik akhir komunikasi, penyulitan, keselamatan rangkaian, keselamatan e-mel, keselamatan mudah alih dan pengurusan ancaman bersatu.

Pakcik Khalid memberi nasihat bahawa sudah cukup gunakan Microsoft Defender, tidak perlu gunakan Sophos.

tetapi Tedi masih ingin mencuba antivirus ini. Walaupun Tedi mulai merasakan bahawa komputer riba Tedi semakin perlahan semasa start.

20200615


Sebelum ini Tedi telah beralih kepada BitDefender.

BitDefender ternyata telah memainkan peranannya dengan baik walaupun baru sahaja Tedi masukkan dalam komputer riba usang Tedi ni.

Ia telah mengesan dan memusnahkan beberapa virus dan trojan komputer, dan kemudian komputer Tedi semakin pantas.

Namun jasanya hanya sampai di situ, kerana apabila ia berjaya menghapuskan mereka, tiba-tiba sahaja fungsi perlindungan antivirus masa nyatanya tidak dapat berfungsi...

Tedi mensyaki ia mungkin telah "terkorban" ketika menyelamatkan komputer riba Tedi ni.

gambar logo Avast

Jadi, Tedi terpaksa memilih gantinya.

Sekarang Tedi memilih avast! pula untuk memberikan perlindungan awal kepada komputer riba Tedi, dengan fokus kepada ciri-ciri seperti mesra pengguna, pantas dan tentunya berkuasa.

20140504