بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pengalaman bercuti di Pulau Mabul tentulah bermula dengan ketibaan kami di Pulau Mabul tersebut menaiki bot berbangku kayu.
Siri pengalaman percutian interpretZZ di Pulau Mabul boleh dicari di sini: interpretZZ - melancong ke Pulau Mabul Sabah.
Tiba di Scuba Jeff Sipadan, Pulau Mabul
- Pulau Mabul hari 1. Bot yang kami naiki tiba di Scuba Jeff Sipadan ( scubajeffsipadan.com) pada jam 3:01 petang.
- Kelihatan papan tanda memaparkan Scuba Jeff Divecenter yang menawarkan bilik dan makanan kepada penyelam dengan harga MYR 70 (tujuh puluh Ringgit Malaysia).
- Ada bot fiber di hadapan Scuba Jeff Sipadan, mungkin bot fiber ini yang akan kami naiki untuk snorkelling nanti.
- # Friday, 11 April 2014, 15:01 # 20140411 # 20140411-mabul (114).JPG # Gambar dirakam menggunakan kamera DSLR Canon EOS 500D # Pulau Mabul, Semporna, Sabah # https://goo.gl/maps/dVynosxWhGiiwnnJ9 #
Ketibaan kami di Pulau Mabul disambut aksi anak-anak Bajau Laut.
Kami melihat beberapa kanak-kanak sedang bersampan di bawah Scuba Jeff Sipadan itu.
Teruja juga Tedi melihat gelagat mereka yang sungguh pantas di dalam dan di permukaan laut.
Ada yang gunakan besin je dah cukup sebagai sampan, belum lagi yang menggunakan perahu yang antik.
Tak perlu sampan, besin pun sudah cukup untuk menjadi alat pengangkutan air yang efektif! Kalau sudah ada kemahiran dan ilmu, apa sahaja diberi akan jadi berguna! |
Menuju ke Summer Friends Homestay
Kami tidak tahu sama ada kami bernasib malang apabila dimaklumkan bahawa Scuba Jeff Sipadan sudah penuh, namun mereka telah menguruskan tempat kami akan menginap sepanjang kami bercuti di Pulau Mabul.
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan keluarga kami ditempatkan di Summer Friends Homestay yang memerlukan kami berjalan kaki merentasi kawasan kampung di Pulau Mabul untuk ke sana kerana jaraknya agak jauh daripada Scuba Jeff Sipadan.
Pada masa itu mungkin berasa agak bengang, maklum sahajalah baru sampai, sudah tentu kami kepenatan. Tetapi pada kemudian harinya kami bersyukur kerana ditempatkan di sana. Sebab apa? Haa.. kenalah baca semua siri kiriman interpretZZ mengenai percutian kami di Pulau Mabul ini.
Kekurangan tinggal di homestay bajet murah
Tinggal di kawasan homestay bajet murah di Pulau Mabul ni ada beberapa kekurangan kerana bajet mereka kecil.
Pertama, kawasan pantai-pantai yang cantik tentunya berhampiran resort yang mahal di Pulau Mabul ni.
Kedua, akses elektrik dan sekaligus wifi adalah pada waktu malam sahaja kerana mereka gunakan generator untuk dapatkan bekalan elektrik.
Resot mahal mungkin mempunyai bekalan elektrik yang lebih, jadi mungkin mereka sediakan elektrik dan wifi siang malam. Lagipun pelanggan dah bayar mahal ye tak?
Itu sahajalah yang Tedi nak sampaikan, perkara-perkara yang lain tu macam biasalah kan, bayar lebih, dapat lebih. Tedi berpuas hati tinggal di Summer Friends Homestay ni cuma nak kongsikan pengalaman kepada mereka yang mungkin nak bercuti lepak-lepak sahaja di resort mungkin kurang sesuai untuk tinggal di homestay sebegini.
Kalau jenis merayau je tak lekat duduk di homestay atau resort atau hotel tu kira okay lah.
Mandi-manda di Pantai Pulau Mabul berhampiran jeti Polis Marin
Pada waktu petang, kami tiada aktiviti untuk dilakukan sebelum makan malam di Scuba Jeff Sipadan, maka kami mengambil keputusan untuk pergi mandi laut di kawasan pantai.
Di sekitar homestay kami tiada pantai. Pantai ada di sebelah lain Pulau Mabul yang bermaksud kami kena melintasi kawasan kampung untuk ke pantai tersebut. Di antara bangunan yang kami lalui ialah surau dan Balai Polis Marin Pulau Mabul.
Kami dibawa mandi laut di kawasan pantai berhampiran Jeti Polis Marin Pulau Mabul.
Kehadiran Balai Polis Marin di Pulau Mabul itu ternyata belum cukup menangani masalah lanun di sana kerana terdapat kes penculikan sebaik sahaja kami habis bercuti di Pulau Mabul, mungkin dalam seminggu dua selepas percutian kami di sana.
Bot fiber biru milik Polis Marin itu tampak sudah cukup laju, tetapi sebenarnya ada sebuah lagi bot fiber berwarna hitam yang tampak lebih hebat dan rekaannya pun macam untuk pecutan laju. Bot Hitam itu disembunyikan di sebuah resort mungkin untuk melindunginya daripada angin kerana di kawasan jeti ini terdedah berbanding di kawasan yang kami duduki.
Pulau Mabul ni tak besar mana, mungkin lebarnya macam dua padang bola sepak, macam itu sahaja. Mungkin taman perumahan kami ini lebih luas berbanding Pulau Mabul?
Pusat Menyelam di bekas pelantar minyak
Dari jeti Polis Marin tempat kami mandi-manda ni kelihatan satu bangunan di tengah laut berhampiran Pulau Mabul Sabah ni. Tedi sangka ia adalah pelantar minyak, tetapi agak pelik kerana warnanya sungguh ceria tidak seperti pelantar minyak yang Tedi pernah lihat di kaca televisyen.
Setelah Tedi buat sedikit kajian barulah Tedi tahu bahawa ia adalah pusat menyelam yang dinamakan Seaventures Dive Rig. Di bawahnya dikatakan ada bangkai kapal di mana penyelam boleh menyelam, tetapi harus memakai sut menyelam yang penuh kerana arusnya kuat dan penyelam akan calar-balar dihentam arus ke bangkai kapal.
Seram tak?
Pada waktu Malam Tedi rasa Seaventures Dive Rig ini diselubungi kegelapan malam. Tedi tak ingat jika ia diterangi cahaya lampu. Tak bahayakah? Bukankah ada ancaman lanun? Ada polis kah di sana?
Malangnya koleksi gambar-gambar di Pulau Mabul Sabah ni tak berapa comel kerana pada masa itu Tedi kurangkan kualiti gambar untuk jimatkan ruang memori kamera.
Maklumlah percutian agak lama. Nak pindahkan gambar ke komputer, mana ada bawa komputer merata-rata ye tak?
Catatan bertarikh 20140514 ini adalah mengenai suasana di Pulau Mabul ketika kami tiba di Scuba Jeff Sipadan. Pengalaman hari pertama merentas kawasan kampung untuk ke Summer Friends Homestay. Mandi laut di sebelah petang.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.