Semua orang Melayu mesti tahu bahawa kasturi itu adalah sesuatu yang berbau harum.
- Dan Hang Kasturi adalah salah seorang pahlawan Melaka yang terkenal.
- Ironinya, apabila Tedi periksa maksud Jebat, ia dihampirkan kepada Kasturi, kerana Jebat juga adalah sesuatu yang harum.
- Ini terdapat pada nama Musang Jebat yang menghasilkan bau kasturi, sekaligus dipanggil juga Musang Kasturi,
- Tidak hairanlah nama pahlawan yang menentang Hang Tuah disebut Hang Jebat dalam satu naskah, manakala disebut pula Hang Kasturi dalam satu naskah.
- Sifat yang sama pada nama tersebut mungkin sahaja mengelirukan penulis?
- Bagaimana boleh keliru jika ia adalah kisah sejarah?
- Mungkinkah kerana mereka sebenarnya adalah insan yang sama?
- Atau adakah kerana mereka adalah watak yang direka?
- Atau kerana naskah sejarah itu sendiri bukan catatan sejarah sebenar yang mungkin ditulis kemudian dari zamannya?
4 Ulasan
saya setuju mereka adlh org yg sama. sebab dlm teks sejarah melayu yg bertarung dgn hang tuah ialah hang kasturi tapi dlm teks hikayat hang tuah, yg bertarung dgn hang tuah adalah hang jebat.
BalasPadamTedi pun baca dengan 2 nama yang berbeza ini pada 2 kitab Sejarah Melayu.. Satu tu tajuk dia Sejarah Melayu manakala satu lagi Sulalatus Salatin..
PadamIroninya dikhabarkan bahawa naskah asal bertulisan jawi ada di Britain manakala yang orang manusia ada sekarang ini diterjemahkan daripada naskah tersebut.
btul ujud ker tuah 5 bersaudara ni., aku plak xbaca mne2 buku sejarah., hasilnya aku da berjaya menggalkan sejarah aku mase spm dulu., waakakaka
BalasPadamglamer la ko musang ader orng tulis citer pasal ko.,
Tedi rasa wujud sebab banyak tempat di Asean gunakan nama mereka.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.