Baru saja sampai rumah... Lewat sedikit sebab Master ada kerja perlu diselesaikan.
Itupun nasib baik Master tak siapkan kerjanya disebabkan lampu pejabatnya asyik tertutup setiap 15 minit. Sudahlah Master tinggal seorang diri!
Teknologi moden memang mengerikan.
Tedi pun dah keletihan ni, seharian belajar di sekolah, memang letihlah.
Mommy pun keletihan juga sebab dia ke Jalan Tunku Abdul Rahman usai bekerja dek kerana mencari baju yang sesuai dipakai semasa kenduri kahwin Mak Lang Yan nanti.
Keesokan hari kami akan bergerak ke kampung halaman Master di Negeri Sembilan untuk menghantar barang-barang kahwin. Penuhlah kereta nanti ni, tambahan pula ada 2 comforter yang perlu dibawa bersama.
Takziah!
Owh, kepada para peminat Singa Biru (Chelsea), takziah diucapkan dan janganlah bersedih sangat.
Chelsea main memang tak cantik dan berbisa, nampak kaku dan tidak kreatif. Serangan mereka mudah dibaca pihak lawan.
Atletico Madrid pula memang bermain lawa dan berani, mungkin kerana pada permulaannya mereka ketinggalan. Gol-gol mereka pula tampak hebat dek keselambaan penyerang mereka berada pada posisi yang betul.
Tedi pun duk sangka permainan itu hanya lakonan kerana 2 kali penyerang Atletico Madrid bergerak ke satu tempat dan bola terus menghala kepada mereka!
Mommy duk menyambung usaha siapkan hadiah pintu, manakala Tedi pula nak pergi mandi...
Jom kita mandi...
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.