Perlukah daku melaksanakan tugasan ini?
- Alhamdulillah, jiran kepada jiran Master (bermakna jiran kami juga) rupa-rupanya telah mendapat cahaya mata.
- Punyalah kami tak sedar, maklumlah keluar semasa matahari terbit, sampai rumah tatkala mentari telah lama terbenam ke dasar laut.
- Tedi nak jadikan cerita, sepatutnya hari ini Tedi perlu menyedut-hampagas kawasan rumah kerana debu-debu telah lama menyelaputi kami.
Walaupun tampak mudah, tugasan ini amat sukar bagi Tedi laksanakan ketika ada anak kecil perlu diambilkira... kali ini Tedi perlu laksanakannya dengan cekap dan amanah. |
- Namun, penyedut-hampagas itu kan bising? Jadi ia tentunya akan mengganggu gugat ketenteraman si anak kecil yang baru lahir itu.
- Pada mulanya Tedi bercadang melupakan sahaja niat murni Tedi ini, demi keamanan si anak kecil, namun ia bukanlah pilihan yang bijak kerana debu-debu ini pula akan mengganggu gugat keamanan hidup Tedi sekeluarga.
- Seharusnya Tedi memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan tugasan yang mustahak ini.
- Setelah sekian lama Tedi bermuhasabah diri, Tedi memilih untuk melaksanakan tugasan yang mencabar ini pada jam 6 petang.
- Kenapa? Kerana waktu itu waktu Maghrib sudah hampir tiba dan Tedi percaya (dengan tidak yakin) bahawa si anak kecil itu takkan tidur pada waktu Maghrib.
![]() |
Tedi harapkan telahan Tedi bahawa si bayi itu takkan dibiarkan tidur sekitar waktu Maghrib adalah tepat. |
- Tedi tak pasti sama ada telahan Tedi ini betul kerana Tedi tiada pengalaman.
- Bukannya Tedi tiada pengalaman menjadi seekor bayi, tapi Tedi tiada pengalaman kerana tidak ingat semasa Tedi bayi dahulu Tedi ada tidur tak pada waktu sebegini...
- Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus akhirnya Tedi berjaya menyedut-hampagas semua debu-debu kota yang ada di dalam rumah, itupun setakat ruang tamu, ruang atas dan sebuah bilik tidur utama. Bilik-bilik lain masih dinodai debu-debu tersebut.
- Ini pertama kali Tedi dapat melaksanakannya dalam masa sejam. Sebelum ini dari pagi sampai ke petang pun belum tentu siap.
- Itu pun terlajak beberapa minit daripada jam 7 malam kerana Tedi mengelap tangga menggunakan kain buruk. Tapi ia masih boleh dibanggakan... buat masa ini...
- Alamak, Tedi baru teringat sesuatu la.... bukankah bayi yang baru lahir sentiasa tidur dan hanya bangun semasa nak menyusu jer? Alamak, silap besarlah ni... huhuhu...
13 Mei 2014 jam 7:45 malam., 20140513
2 Ulasan
harap2 tak mengganggu baby tu
BalasPadamrasanya tak kot... hihi..
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.