Kau kebuntuan namun tidak keseorangan
Kau punya jalan, namun tidak ketemukan
Kau berasa dalam kegelapan walaupun disirami cahaya
Mungkin kerana dadamu sesak ditekan masa
Tetapkan langkahmu, langkah satu-persatu
Utamakan jalan yang lurus daripada yang berliku
Semoga kau ketemukan destinasi yang dicari
Dengan usaha diri dan ketetapan Illahi Rabbi
Oleh itu teruskan berusaha dan berdoa
Jalan itu tidak semestinya lurus
Ia kan ada persimpangan, punya halangan
Pilihlah yang mana sesuai dengan keupayaan dan kekangan.
Kau punya masa, namun takkan pernah jadi pemiliknya
Maka bahagikan ia sebaiknya
Manusia takkan pernah faham
Maka jangan kau harap belas ehsan mereka
Kerana hakikat manusia melihat hasil
Berbeza dengan Allah yang melihat usahamu
Tetapkan niatmu
Dan berserah kepada Illahi.
Dia Maha Penentu.
- Tedi di sekolah ni, cuba menyiapkan projek yang terbantut.
- Mati idea dibuatnya padahal solusinya dah lama Tedi punya.
- Cuma mungkin kerana keterbatasan masa maka Tedi tertekan dan tak dapat berfikir dengan waras...
24 Mei 2014, 20140524
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.