بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Sebuah lagi projek usahasama Tedi dan Master berjaya dilaksanakan.
20140510, kali ini kami menukar ballast sebiji lampu di bilik air. Kali ini kali yang kedua kami menukarnya, tak tahulah kenapa ballast lampu itu suka merosakkan dirinya.
Kami memulakan usaha murni ini dengan menuju ke Bandar Baru Nilai untuk membeli ballast yang bersesuaian. Kiranya kami bertaruh jugalah sebab ballast lampu yang pelik ini sukar didapati dan selalunya kami cari di deretan kedai lampu di bandar Puchong.
Beli ballast lampu
Sampai di sebuah kedai,
"Tauke, ballast lampu ada"
"Ada."
Tauke itu segera meminta anak buahnya membawa ballast yang diperlukan. Ballast itu juga kadangkala disebut choke.
Kemudian anak buahnya datang dan membawa seketul ballast.
Master terkulat-kulat merenung ballast itu kerana ia amat berbeda dengan ballast yang kami cari.
"Tauke, jenis lain tiada?"
"You mahu jenis mana? Semua ini macam maa... lain brand saja."
Inilah contoh gambar ballast lampu yang tauke itu serahkan kepada Master, harganya RM 5 (lima ringgit) |
Master diam lagi sambil memegang ballast itu dan dipusing-pusingkan.
"Tauke, macam mana mau pasang ballast ni?"
"You tak tahu pasang ka? Tak sama macam yang dekat rumah you ka?"
"Tak samalah tauke.. yang saya beli dulu ada 4 wayar keluar."
"You guna electronic ballast ka?"
Master terdiam sejenak dan berfikir. Elektronik tu mungkin untuk lampu LED sebab nama penuh dia Light Electronic Diod. Lampu bilik air kami bukan jenis LED.
Dengan yakin Master jawab, "Bukan."
Tauke itu seperti detektif Conan, mula nampak tak yakin dengan jawapan Master, kembali bertanya,"Lampu you ada guna starter?"
"Tak guna starter"
Tauke itu nampak masih tak yakin lalu membuka laci mejanya dan mengambil satu objek lalu ditunjukkan kepada Master.
Inilah starter bukan elektronik yang biasa digunakan pada lampu kalimantang. |
"Lampu you tak guna benda ini? Ini starter"
"Tak guna."
"Owh, kalau macam tu... you guna electronic starter la...", sambil berlalu meninggalkan kami berdua.
Kemudian tauke itu datang sambil membawa satu objek sebelum menyerahkannya kepada Master.
"Inikan ballast you guna?"
"Ha'ah, inilah dia."
Itu dialog yang berlaku di kedai itu.
Nasib baik Master bertanya lebih lanjut, jika tidak tentunya kena datang semula ke kedai itu. Kami beli ballast itu dengan harga RM 11 (sebelas ringgit Malaysia) sahaja ketika label harganya RM 13 (tiga belas ringgit).
Rupa-rupanya ada pula ballast yang guna starter dan ballast elektronik yang tak perlukan starter, barulah kami tahu.
Inilah gambar ballast elektronik yang kami beli. |
Kemudian Master ajak Tedi pergi makan tengahari di Restoran Chonburri yang terletak berdekatan, sebenarnya nak pergi makan di kedai makan sebelah Hostel USIM tu, tapi jalan baru tar, maka tak bolehlah nak lalu.
Operasi menukar ballast lampu bermula
Tada... lampu dah menyala! Maka Tedi bolehlah berkaraoke dalam bilik air ni tanpa perlu gusar akan kegelapan malam. |
Diterbitkan pada 20140513 karangan ini adalah berkenaan choke lampu elektronik dan cara pasang electronic ballast yang kami gunakan.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
haha., baru aku tau de 2 jinis eik., aku ingt sume choke lmpu ni same jer., rupenya ader gak yg xpakai stater luar yer.,
BalasPadamTedi tahu yang dekat lampu kalimantang tu guna choke dengan starter... Tapi Tedi tak tahu yang choke itu adalah ballast... hahaha... dapat 2 ilmu...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.