11 Mei, 3 am: Alkisahnya pagi ini Tedi kelaparan.

 

Master, Tedi lapar la.
Dah tu?
Master buatkanlah makanan untuk Tedi

Sempena ketiadaan Mommy yang berterbangan ke Korea Selatan, Tedi mendesak Master mengambil alih tugas Mommy.

Okay. Tunggu jap arrr

Master pun bergegas ke dapur. Bunyi keletung keletang mengalahkan Chef Wan, bunyi botol susu si Sakinah jatuh pun turut kedengaran, padahal tiada kena mengena dengan masakan Master pun.

Setelah lama menunggu, bau yang harum menusuk lubang hidung Tedi.

Okay, roti bakar siap!!!

Punyalah lama tunggu, roti bakar je? Ingatkan sushi ikan tuna.

Sekali tengok, adoi la... apa punya rupa roti bakar la? Koyak rabak... rentung... ish ish ish

Gambar roti bakar Master dihidangkan di atas pinggan bercorak bunga

20140512