بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

19:03 - 19:18 : Masih di Pantai Tanjung Bidara.

 

gambar matahari terbenam di pantai Tanjung Bidara
Dalam banyak-banyak foto yang pernah Tedi ambil, mungkin ini foto panorama yang paling cantik. Tedi yang tak pandai tangkap gambar pun boleh dapat gambar macam ini, menunjukkan memang cantik sungguh pemandangan ini... kan?
20140301 19:03-19:18
  • Wah, penatnya Tedi kebelakangan ni... tak tahulah kenapa?
  • interpretZZ pun dah beberapa hari ditinggalkan kerana Tedi tiada upaya.
  • Semalam mungkin merupakan hari paling teruk di mana sebelum sampai ke rumah, Tedi dah berangan macam-macam untuk tolong Mommy.
  • Tapi sebaik sahaja angkat kain di jemuran, terus Tedi pengsan keletihan. Penyangkut baju pun habis berteraburan di lantai.
  • Malam ini Tedi gagahkan juga membelek foto-foto di Tanjung Bidara yang masih belum sempat Tedi kepilkan.
  • Kali ni Tedi kongsi gelagat Sakinah pada waktu senja di Tanjung Bidara.

 

gambar Sakinah berjalan di pantai Tanjung Bidara
Sakinah memang suka berjalan di tepian pantai terutama apabila kaki dia tu mengenai air laut...

 

gambar kanak-kanak belajar melangkah di atas pasir pantai
Belajar melangkah...

 

Gamaknya ini pertama kali Sakinah main pasir di tepian pantai... Seronok dia menggaul pasir-pasir tu...

 

"Apa pandang-pandang? Ada hutang???" kata Sakinah...

 

Gambar Sakinah sedang bermain pasir di tepi pantai Tanjung Bidara
Apa kerja la si kenit ni? 

 

Gambar Sakinah tabur pasir atas kepala
Orang mandi laut, dia lak mandi pasir! ditambah dengan siraman cahaya mentari petang...

 

Muka pelik selepas ditegur...

 

"Alah, Sakinah main sikit je"

 

gambar kanak-kanak perempuan bernama Sakinah di atas pasir pantai Tanjung Bidara
Excited selepas perasan kamera dihalakan kepadanya...

 

Entah apa yang dikemamnya... semua orang duk risau suh dia buka mulut... takut dia makan pasir...

 

"Takde apa-apa la"

 

gambar Sakinah di atas pantai di Tanjung Bidara Beach Resort
Last but not least, posing terakhir Sakinah berlatarbelakangkan Tanjung Bidara Beach Resort...
  • Oklah, Tedi nak pergi mandilah... baru je tiba di rumah, hehe...

~20140301~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih