Setiap kali mendapat nikmat 
Jarang ku sedari itu pemberian-Mu 
Terkadang rasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku sahaja

 Setiap kali ditimpa musibah 
Ku mengeluh, risau bertambah gelisah 
Hingga terlupa pada-Mu, Ya Allah 
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
Leraikanlah aku dari keluh kesah yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan 
Singkapkanku hikmah segala ketentuan 
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
Leraikanlah aku dari keluh kesah yang membelenggu jiwa dan fikiran 
Ditambah dengan hasutan syaitan durjana  
yang sentiasa mengarahku kepada kemurkaanmu 

Kurniakanlah kepadaku ketabahan 
Singkapkan untukku hikmah segala ketentuan 
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini 
Mampu meraih cinta dan keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

 

Setiap Kali adalah nasyid dengan lirik yang amat memotivasikan diri Tedi

gambar ahli kumpulan nasyid Devotees
Kumpulan munsyid Devotees berjaya memikat hati Tedi dengan nasyid nyanyian mereka kerana nasyid mereka yang mempunyai makna yang mendalam dalam bahasa yang ringkas. Syabas abang Devotees...
  • Setiap Kali adalah nasyid nyanyian kumpulan Devotees.
  • Tedi amat sukakan nasyid ini sebab liriknya memang tepat ke batang hidung Tedi.
  • Jadi apabila Tedi ada masalah Tedi akan dengar untuk dapatkan dorongan, dan jika dalam keadaan leka, Tedi dengar nasyid ini untuk dapatkan peringatan.
  • Terkadang apabila semuanya berjalan lancar dan kita dalam keadaan senang, kita berasa diri kita ni hebat, maka kita lupa kepada Allah SWT.
  • Ketika itu apabila diberikan ujian, kita akan tersedar dan kembali kepada-Nya dengan cara berdoa dan mendekatkan diri kepada-Nya.
  • Itu tanda Allah SWT sayangkan kita dan tak mahu kita tersasar jauh, namun adakalanya manusia apabila diuji semakin dia menyalahkan Allah SWT. Semoga kita semua dijauhkan daripada perangai sebegitu.

20140525