4 Mei 2014: Selepas penat merayau mencari homestay sehingga ke Lui Selatan, singgah sebentar di Lui Muda untuk mengalas perut.

  • Felda Lui Muda adalah sebuah tanah rancangan Felda yang agak kecil berbanding jiran-jirannya di DUN Lui.
  • Tedi tak pasti sama ada telahan ini benar kerana Tedi hanya melihat secara luaran sahaja.
  • Seperti Felda Lui Barat, Felda Lui Muda ini terletak di laluan strategik Kemayan - Bahau, nama jalan tu mungkin jalan Kemayan - Gemas.
  • Seperti biasa dek kerana ia strategik, maka kedai di tepi jalan adalah satu fenomena biasa.
  • Lui Muda juga mempunyai stesen minyak Shell yang agak usang, berbanding jiran-jirannya yang tiada stesen minyak.
  • Deretan kedai ini jika ditambahbaik contohnya dengan kawasan yang luas untuk memberhentikan lori, mungkin akan menjadi tumpuan para pemandu berhenti rehat.
  • Malangnya buat masa sekarang deretan kedai-kedai ini tidak semeriah mana.
Deretan kedai yang tiak meriah ini mungkin akan menjadi penghalang utama kepada calon pelanggan yang terdiri daripada kalangan pemandu untuk berhenti rehat.

Bagi mereka yang tidah tahu mengenai Felda Lui Muda, mungkin akan sangkakan gambar ini diambil di kawasan tepi laut, hehehe. Sayangi kampung kita, bersih tiada sampah... menjadi tujuan utama tanah rancangan ini.


20140514