4 Mei 2014: Kami mula mencari rumah inap desa (homestay) untuk diduduki semasa kenduri kahwin Mak Lang Yan nanti.

  • Pencarian kami kali ini di Felda Lui Selatan 1, salah satu rancangan Felda yang berhampiran Felda Sungai Lui.
  • Mungkin menginap di kawasan Felda tidaklah seseronok menginap di bandar terhampir iaitu Bandar Bera atau Bandar Sri Jempol, tapi ketika kenduri, jarak perjalanan amat diambil kira.
  • Ini hanya perkongsian maklumat dan bukan iklan, sekadar membantu sesiapa yang mengalami kesukaran seperti kami ini, jadi lebih baik kawan-kawan pergi lihat sendiri situasi di sana.
  • Tedi bagi gambar je la ek, senang sikit nak dibaca.
Homestay D'Kedai Tok Kassim, No: 7,8,9, Jalan Pasar, Felda Lui Selatan 1, 72120 Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Telefon mobil 013-3577304 (Kassim) atau rumah 06-4691621. Harga RM 250 dan RM 150 (buat masa ini).
Bahagian hadapan, nampak kecil je kan?

Ada kedai makan di sebelahnya, tapi tak pasti ia beroperasi atau tidak. Pemilik kedai makan ini pun ada homestay, tapi sedang diubahsuai. Kawasan ini adalah kawasan kedai-kedai di Lui Selatan, maka sepatunya banyak pilihan kedai makan. Masjid pun sangat dekat.

Sekali masuk, luas la pula.. sangat sesuai jika datang dengan rombongan pengantin.. yang ini harganya RM 250 semalaman. Ada ASTRO, tiada penghawa dingin.

Sebuah bilik dari luar, Tedi tak jenguk ke dalam pun...

Ini kawasan tengah, ada katil juga di sini. Ada lagi 2 bilik tak termasuk bilik dalam gambar di atas.

Bahagian luar rumah yang berharga RM 250 (dua ratus lima puluh ringgit) semalam. Check out apabila habis kenduri (tiada masa ditetapkan), kecuali jika ada tetamu lain hendak menginap pada esok hari, kena ikut masa macam hotel lain.

Ruang tamu rumah kedua, harga RM 150 (seratus lima puluh ringgit Malaysia) semalaman. ASTRO ada tapi channel terpaksa ikut channel jiran sebelah (rumah pertama)

Antara kelengkapan yang disediakan di rumah kedua.


Bahagian tengah, ada katil dan sofa, orang lelaki bolehlah tidur sini, atau anak-anak.

Perigi pun ada untuk kegunaan pada masa darurat. Terletak dalam bilik air.

Pandangan dari ruang tengah ke ruang tamu.
  •  Pada pendapat Tedi, rumah ini sesuai kalau ada ramai ahli keluarga, tambahan pula Rumah A dan Rumah B boleh disambung kerana ada pintu di antara kedua-duanya.
  • Seorang pakcik berkata bahawa lebih baik sewa di Bandar Sri Jempol kerana ada penghawa dingin dan terletak di bandar. Mungkin benar kata beliau tapi terpulanglah kepada situasi masing-masing.
  • Tedi tak berapa pasti suasana makan minum di kawasan ini, jadi kena tanya sendirilah penduduk sekitar. Pada waktu malam patut tiada masalah, tapi pada waktu siang mungkin kurang happening.




alamat homestay di Lui Selatan


20140513