16 September: Hantar Sakinah ke rumah Mak Ngah Zira, singgah sebentar di pasar malam Puchong Prima.
Tedi tak selalu ke pasar malam, dan Tedi agak kagum melihatkan sayur-sayuran yang pelbagai dan kelihatan segar. Tedi juga terfikir dari mana sayur-sayuran ini datang? |
Sama juga dengan ikan dan daging, Tedi kagum memikirkan bagaimana mereka masih berkeadaan segar? |
- Kami ke pasar malam tu bukanlah nak membeli sangat pun, cuma sekadar melihat-lihat tempat orang.
- Baguslah pasar malam tu kelihatan sibuk dan meriah, menunjukkan kegiatan ekonomi yang memberangsangkan.
- Kebanyakan pengunjung adalah warga asing yang menetap di Malaysia, mungkin menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan harga murah dalam pembelian berbanding warga Malaysia?
- Kehadiran warga asing ini ternyata menyumbang kepada kegiatan ekonomi seperti ini dan para peniaga tentunya bersyukur dengan kehadiran mereka.
- Tedi tiada masalah dengan kehadiran mereka di bumi Malaysia ini jika mereka tidak mendatangkan masalah. Lagipun bukannya kita bayar mereka jutaan ringgit Malaysia seperti 2 ekor panda China yang dibawa khas ke Malaysia.
- Semoga aktiviti ekonomi sebegini terus rancak di Malaysia.
20130916
2 Ulasan
sy suka pergi malam sebab banyak makanan yang best.
BalasPadamTedi suka jagung rebus... hehehe...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.