Usai mendarat di Kuala Kedah selepas tiba dari Langkawi, kami mencari tempat penginapan...
Bergerak tanpa arah tujuan yang jelas, kami menghala ke Alor Setar, sehinggalah kami ternampak papan tanda bakal tempat kami menginap pada malam ini.
Suasana dalam bilik dari sudut pandangan yang berbeza... |
- Kami sampai tu pun main tanya je jika boleh sewa bilik. Kalau ikut sunyi dan gelap tu memanglah kami mungkin akan berpatah balik, tapi bila tang harga, memang amat berbaloi! Lagipun kami nak tidur semalaman sahaja sebelum balik ke negeri masing-masing. Kami sewa 2 bilik dan minta 1 tilam tanpa dikenakan bayaran. Tilam tu pun mereka yang tawarkan kerana mereka lihat kami berlima sedangkan katil cukup untuk 4 orang.
- Bila kami mendaftar masuk sahaja, tiba-tiba datang pula penyewa lain tanyakan bilik untuk disewa. Tedi tiba-tiba juga berasa kehadiran Tedi di sana membawa tuah kepada pengusaha atau pengurus Kompleks Sukan Muadzam Shah ini.
- Gambar kompleks pada waktu siang akan Tedi usahakan muat naik pada masa akan datang...
Maklumat lanjut:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompleks_Muadzam_Shah
- http://www.stadiumkedah.gov.my/kompleks-sukan-muadzam-shah/
20120602
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.