Pagi ini Tedi bersiap-sedia, merelakan satu pemergian.
- Pakcik Fikri telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia.
- Dan dia memerlukan sebuah komputer riba untuk membantu menyelesaikan tugasannya.
- Bantuan biaya belajar masih belum diterima dan zaman sekarang pula zaman siber, maka komputer adalah amat penting kepada mereka para penuntut ilmu.
- Di atas sebab-sebab itu, Master meminta Tedi meminjamkan komputer riba Tedi yang juga markas rasmi interpretZZ.
- Tedi rela, kerana nak bagi duit, Tedi tak punya, komputer riba usang ini sahaja yang boleh Tedi hulurkan buat mereka yang pernah menghulurkan RM 20 kepada Master ketika dia masih belajar, walaupun keluarga Pakcik Fikri sangat memerlukan duit ketika itu.
- Kata Master, RM 20 yang diterimanya itu takkan terbayar sampai bila-bila.
- Selamat tinggal, interpretZZ... ada jodoh kita bersama semula...
Adakah ini bakal menjadi kiriman terakhir interpretZZ? Ayam goreng Asmara di Padang, Indonesia, yang Tedi ketemui ketika dalam perjalanan melawat Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya... |
20140615
6 Ulasan
pulak daa., lpas ni ssh la nk berbloging eik., xper cyber cafe kan ader., huhu
BalasPadamhaah, susahlah nak kemaskini diari Tedi ni... terpaksalah tunggu peluang yang sesuai...
Padamnampaknya jaranglah lepas ni nak berblog..
BalasPadamjangan sampai lupa password sudah..
tak lupa... Tedi sudah kembali semula ke alam maya... tada...
PadamOh entri 2014 ke tedi?
BalasPadamyup. Sekarang Tedi dah kembali. Master beli Notebook terpakai.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.