Jujurnya Tedi tidak menjadi penyokong kepada mana-mana pasukan pun.

Selalunya pada setiap edisi Piala Dunia, Tedi akan melihat kepada pasukan underdog atau pasukan tidak ternama yang tiba-tiba sahaja memecah tradisi menewaskan pasukan gergasi. Namun tahun ini Tedi tidak ketemu pasukan itu, maka Tedi mengalih pandangan kepada pasukan-pasukan lain untuk disokong. Cuma mungkin Costa Rica berbaloi untuk diikuti pada musim ini?

  • Pagi ini Tedi menculik komputer Mommy untuk menjenguk interpretZZ. Walaupun komputer ini tidak punya cukup kelengkapan seperti markas rasmi interpretZZ, memadai untuk Tedi mengisi laman yang terbiar sepi.... chewah, ayat novel lak dah...
  • Ramai bertanya Tedi sokong pasukan mana sempena Piala Dunia 2014 ini, dan jawapannya seperti biasa Tedi tiada pasukan untuk disokong, selagi Malaysia a.k.a Harimau Malaya tidak menjejakkan kaki mereka ke Piala Dunia.
  • Namun jika Tedi menonton Piala Dunia 2014, Tedi nak melihat persembahan Jerman, Belanda dan juga Perancis.
  • Jerman kerana gaya mereka bermain amat menarik buat Tedi.
 
Jerman dalam sejarah memang menggemari serangan kilat yang mereka panggil Blitzkrieg, dan dalam permainan bolasepak mereka pun mereka menerapkan corak yang sama. Serangan kilat amat berguna ketika musuh tidak sedar, masalahnya mereka perlu mengekalkan tenaga serangan mereka setiap masa atau serangan mereka akan kekurangan impak ke atas musuh menyebabkan musuh mereka boleh melakukan serangan balas tatkala pertahanan mereka mungkin terdedah. Gol pada awal permainan amat penting untuk melemahkan musuh.
  • Belanda kerana mungkin mereka berwarna oren?
 
Tedi memang tidak tahu mengenai pasukan Belanda, tetapi warna oren mereka menjadikan mereka ini unik dan Tedi suka sesuatu yang unik. Pemain mereja yang Tedi kenal hanyalah Robin Van Persie dan juga Tim Krul dan juga Edgar Davids (kalau tak salah nama). 
 
Pemain Belanda yang Tedi suka, Edgar Davids kerana dia main pakai goggle tu... sungguh stylo!
  • Perancis kerana ramai pemain kegemaran Master ada di sana?
Bagi skuad Perancis pula Tedi terpengaruh dengan Master kerana negara Perancis amat dekat dengan kelab yang Master minati. Tedi tak pernah melihat mereka bermain tetapi Tedi kenal Karim Benzema, Yohn Cabaye dan juga Zinedane Zidane.

  • Ironinya kali ini pada masa ini ketiga-tiga pasukan itu berprestasi baik.
  • Dan pada pagi ini buat pertama kali Tedi menonton siaran langsung Piala Dunia 2014, melibatkan pasukan Jerman, hasil tajaan bank CIMB pada saluran 801. Sebelum ini kami tak dapat menonton kerana kami tidak melanggan saluran sukan ASTRO.

20140622