Selalunya dalam masa beberapa bulan, sistem ADT kami akan keluarkan bunyi beep yang membingitkan telinga.
- Apabila hal itu berlaku, Master faham benar yang kredit prepaid telefon GSM untuk ADT itu telah kehabisan.
- Untuk pastikan, Master akan periksa panel pantauan kawalan ADT, dan selalunya lampu kuning akan menyala dengan mesej "masalah komunikasi" dipaparkan.
Rupa panel pemantau ADT. Ikon kuning segitiga menyala jika ada masalah. |
- Kemudian Master akan semak jika telefon Master berfungsi kerana Master menggunakan penyedia perkhidmatan yang sama iaitu Celcom. Jika tiada liputan, itu bermakna ada masalah dengan rangkaian, tapi jika telefon Master berfungsi dengan baik, maka sahlah kredit ADT itu kehabisan.
- Selalunya Master akan pindahkan kredit, tetapi jika mahukan tempoh luput yang lebih lama, Master akan topup nilai kad sim itu.
- Masa inilah Master kena buka kotak kawalan komunikasi ADT dan cabut kad sim sebelum topup nilainya.
- Kemudian Master kena reset sistem komunikasi itu dengan cara memutuskan dan memasang semula bekalan elektrik.
- Langkah di atas termasuklah mencabut satu wayar hitam yang halus, kerana ia membekalkan kuasa daripada bateri.
- Walaupun nampak mudah, tapi Master selalu lupa apa yang perlu dilakukan kerana masalah ini jarang berlaku. Jadi semoga dengan adanya catatan ini, Master akan sentiasa ingat dan boleh rujuk jika terlupa.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.