Lalulintas Sesak di Pasir Puteh

Setelah lama tersangkut dalam kesesakan lalulintas di Pasir Puteh, kami singgah di sebuah Stesen Minyak CALTEX di pertengahan jalan

  • Seperti yang telah dijangka, kesesakan lalu lintas takkan dapat dielakkan apabila ke Kelantan.
  • Jadi pada hampir jam 6 petang kami singgah di sebuah stesen minyak CALTEX Malaysia.
  • Untung di sana ada Surau Ar-Raudhah Sri Jerus.
  • Kami berehat sebentar di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Wakaf Bharu.
Picture of surau ar-raudhah Sri Jerus, Pasir Puteh, Kelantan
Gambar surau ar-Raudhah Sri Jerus, Pasir Puteh, Kelantan
  • Tedi dapati Stesen Minyak CALTEX di Kelantan ni memang banyak, seolah-olah menjadi stesen minyak rasmi di Kelantan.
  • Sedangkan di negeri lain, Tedi susah menemukan stesen minyak ini.
  • Adalah menjadi fenomenabiasa apabila melalui Lebuhraya Timur Barat, berbondong-bondong lori CALTEX dalam perjalanan menghantar minyak.
‎Picture of a Caltex petrol station in Pasir Puteh, Kelantan‎
Gambar sebuah stesen minyak Caltex di Pasir Puteh, Kelantan

Maksud Jerus

Wah, susah juga nak cari maksud nama Jerus ni. Disenaraikan beberapa jawapan yang ditemui tetapi tidak berapa memenuhi kehendak Tedi.

  1. Jerus adalah nama untuk lelaki yang digunakan di Australia. Tetapi nama Jerus ini jarang ditemui. "Jerus" tidak termasuk dalam senarai 1000 nama popular.
  2. Jerus adalah nama buruh yang popular di Amerika Syarikat pada tahun 1920.

Label