Letihnya badan Tedi, bangun awal pagi pun masih keletihan?


Tapi Tedi tetap mengambil peluang ini untuk mencoret sesuatu kerana pengalaman semalam rugi jika dibiarkan begitu sahaja.

Kisah bermula apabila kami kelaparan dan mengisi minyak di Cyberjaya. Selalunya di Cyberjaya kami akan singgah makan di Restoran Saba atau Sanaa (yang Master dah senaraihitam sebab khidmat dan hidangan tak memuaskan padahal masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan). Adalah sekali kami singgah ke Restoran Sedap Senghoti.

Tapi malam itu, Master nak mencuba kedai lain pula, maka kami berlegar di kawasan The Domain. Persekitaran di sana agak meriah mungkin kerana ramainya warga Timur Tengah yang belajar di Malaysia, menetap di sana.

Di kawasan yang ceria itu, ada satu kedai yang amat menarik perhatian dek rupanya iaitu Mr. Kabab & Biryani.

Selebihnya, biarlah gambar yang berbicara.

Mr. Kabab & Biryani
menyediakan makanan tradisi Arab dan Pakistan.
 
Restoran ni ada 2 buah dan dipisahkan oleh satu laluan pejalan kaki, sungguh ceria dengan lampu berwarna-warni.
 
Waktu operasi Mr Kabab & Biryani Cyberjaya:
11 pagi - 12 malam, Isnin hingga Ahad

Untuk tempahan hubungi 03-8320 9993

 

 

Konsep ceria yang agak menghibur jiwa.

 

Tahap kebersihan "A", memang bagus tahap keselesaan di sini, dan tiada bau kurang menyenangkan.

 

Di antara menu yang ada di sana...

 

Kawasan makan di luar, selesa, luas, ada TV dan ada banyak plag untuk sesiapa yang mahu cas gadget mereka.

 

Makanan pilihan Mommy, nasi biryani Pakistan kalau tidak silap...

 

Ayam Tandori pilihan Master, di-cop sebagai di antara masakan ayam paling sedap pernah Master makan, dan diharap ia berkekalan. Rasanya macam ayam grill sikit...
Tapi kopi tu kurang dari segi rasanya.
Khidmat penghantaran turut disediakan, memang terbaik!

restoran mr kebab cyberjaya


20140830