Ramai sedia maklum bahawa Google sering bercakaran dengan Apple.

Seteru Google banyak sekali termasuklah Apple, Bing, Facebook, kerajaan China dan Yahoo.
  • Persaingan mereka itu melibatkan banyak masa dan wang.
  • Namun kini ada musuh yang lebih ganas menghantui Google berbanding musuh tradisinya si Apple.
gambar seekor ikan jerus sedang melompat di permukaan air
Siapa sangka Sang Jerung pemangsa semulajadi bisa menjadi musuh kepada Google.
  • Tak sangka musuh mereka kali ini datang dari kalangan kawan-kawan Tedi iaitu Sang Jerung.
    • Sang Jerung telah diumumkan melanggar dan mengunyah kabel fiber optik bawah laut milik Google yang merentasi Lautan Pasifik sejauh 100,000 (satu ratus ribu) batu.
    • Dikhabarkan bahawa Sang Jerung keliru dengan denyutan elektrik yang dihasilkan kabel tersebut yang menyerupai denyutan elektrik yang dihasilkan mangsa mereka.
gambar kabel gentian optik
Kabel gentian fiber optik milik Google dilindungi bahan menyerupai Kevlar yang sering digunakan sebagai bahan utama jaket kalis peluru.
  • Sebagai langkah perlindungan, Google tidak meminta bantuan Abang Long Fadhil, sebaliknya mereka membungkus kabel itu dengan bahan ala-Kevlar.
    • Tidak dapat dipastikan apakah bahan yang mereka gunakan itu, tetapi Kevlar melindungi daripada serangan pisau dan yang setanding dengannya.
    • Kevlar takkan dapat menyembunyikan denyutan elektrik yang menariik minat Sang Jerung, namun pastinya ia akan memberikan lebih perlindungan kepada kabel milik Google.
  • Teori kabel bawah laut Google menarik minat Sang Jerung adalah kerana kabel fiber optik bawah laut memerlukan tenaga elektrik yang besar untuk digunakan oleh pengulang (repeater) yang menghasilkan medan elektrik dan medan magnet yang menyerupai gelobang yang dihasilkan ikan-ikan yang ketakutan. Isyarat ini mengelirukan Sang Jerung dan menarik mereka untuk menyerang dan membahamnya.
20140818