Mommy mula kenali jus alpukat ni mungkin semasa kami bercuti ke Padang, Indonesia.

  • Jus alpukat atau alvokado ini tentunya dibuat daripada buah alvokado yang dikisar bersama ais, susu dan coklat cair (bukan cair di mulut atau cair di tangan, memang coklat cair.
  • Semenjak hari kejadian, Mommy rajin membuat jus alpukat ini...
  • Bezanya jika di Indonesia, kekelatan alvokado itu terasa, jus buatan Mommy lebih manis. Bagi Tedi, jus alpukat ini yang istimewanya sebab rasa kelatnya itulah.
  • Malam ni Mommy buatkan lagi, dan memang nyaman diminum dalam cuaca panas pada waktu malam ini.
  • Tedi sungguh mengantuk, sakit badan, dan mahu lelapkan mata.
  • Insya-Allah jika terjaga awal, Tedi akan kerjakan kerja sekolah yang bertimbun itu...

 

gambar jus alpukat Malaysia

 

 
gambar jus alpukat atau avocado dalam gelas plastik lutsinar panjang Malaysia

 

 
*** Peringatan buat diri yang selalu lupa ***
 
Surah MARYAM
Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. (27) 
Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina", (28) 
maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan?" (29) 
Berkata ’Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab [Injil] dan Dia menjadikan aku seorang nabi, (30) 
dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku [mendirikan] shalat dan [menunaikan] zakat selama aku hidup; (31) 
dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. (32)
 
*** Peringatan buat diri yang selalu lupa ***

20140825