Hari ini sempat hantar kereta Mommy untuk diselenggara.
Semasa pembayaran dibuat Master sempat meminta tips daripada bos pusat servis itu.
Master: "Kalau kereta susah nak hidup tu apa masalahnya?"
Bos: Ada crank tak?
Master: Crank? Crank tu apa?
Bos: Crank tu bunyi enjin nak hidup.
Master: Owh, ada.
Bos: Banyak punca tu, kena periksa dulu.
Master: Dia susah nak hidup selepas berjalan jauh, kalau sebelum jalan tu tiada masalah.
Bos: Owh, boleh jadi ada angin. Masalah ni selalu jadi pada Proton SAGA BLM.
Master: Angin? Angin masuk dalam enjin?
Bos: Yup. You selalu pandu berapa? Lapan puluh? Seratus?
Master: Seratus.
Bidaah je Master tu, dia pandu lebih seratus dua puluh kilometer sejam (120 km/j)
Bos: Angin. Ramai kena sampai enjin tak boleh hidup lansung.
Rupa-rupanya kereta pun boleh kena angin ek? Nasib baik tak naik angin. Nak kena bekam kot kereta tu? Atau kena bagi dia minum air halia supaya dia kentut selalu?
Terlebih Udara dalam Campuran Udara-Petrol
- Semua orang tahu bahawa enjin petrol memerlukan campuran petrol dan udara sebelum dibakar dan meletup di dalam enjin.
- Campuran ini perlulah berada pada nisbah yang betul untuk prestasi yang cekap. Pada zaman dulukala tugas mencampurkan petrol dan udara ini dilakukan oleh karburetor, tetapi pada zaman sekarang mungkin dilaksanakan oleh Penyuntik Udara Minyak Elekronik.
- Udara yang berlebihan akan menyebabkan enjin susah dihidupkan.
- Punca terlebih angin adalah:
- Tangki minyak hampir kosong, sebaiknya lebih separuh tangki.
- Penapis minyak (oil filter) yang kotor kerana tidak diselenggara (kes kereta Mommy ni mungkin disebabkan ini... hehehe...)
- Penyuntik Minyak (Fuel Injection) mungkin gagal beroperasi.
Diterbitkan pada 20140830, kiriman ini adalah mengenai masalah Proton SAGA BLM susah nak start.
4 Ulasan
Salam. Brader keta saga blm saya ni pagi2 susah sangat nak hidup pulas kunci 4 ke 5 kali baru boleh idup. Apakah puncanya ya
BalasPadamWa'alaikumussalam, boleh jadi masalah angin jadi minyak kereta sebaiknya lebih separuh dalam tangki. boleh jadi masalah starter. suis kereta rosak sebab kunci berat sangat boleh jadi juga. Bateri dah lama pun boleh sebabkan kereta susah nak start, lebih baik tukar sebelum tiba-tiba padam di tempat tiada kedai bateri sebab bateri zaman sekarang ni suka mati macam tu aja.Atau mungkin sebab minyak susah nak mengalir sebab sejuk atau tak tukar oil filter.
PadamTerima kasih di atas perkongsian..
BalasPadamsebagai panduan pada masa depan maklum sahajalah manusia mudah lupa.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.