بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Satu peluang yang luar biasa untuk bercuti dan bersantai bersama Sang Zirafah.

Sedangkan kita nak jumpa zirafah pun susah, dalam Zoo Negara pun belum tentu bertemu.

Namun di Nairobi ada satu tempat di mana kita boleh berkongsi hidup dan menimba pengalaman bersama zirafah-zirafah di sana.

Cuma hotel yang dinamakan Giraffe Manor itu adalah hotel percutian mewah, maka kita kena jadi kaya dulu baru boleh berangan nak ke sana.

Hotel ini terletak di Kenya dengan tanah seluas 12 ekar tanah peribadi dan 140 ekar hutan asal.

Cerita banyak tak guna, kalau nak bercuti di sana boleh Google sahaja melalui laman web.

Tedi ringkaskan pengalaman yang bakal dialami oleh para pengunjung di sana melalui koleksi foto di bawah.

Gambar seekor zirafah menghulurkan kepala melalui tingkap untuk bersarapan bersama pengunjung hotel
Seekor zirafah menghulurkan kepala melalui tingkap untuk bersarapan bersama pengunjung hotel
Gambar Dua ekor zirafah menghulurkan kepala melalui tingkap untuk bersarapan bersama pengunjung hotel
Dua ekor zirafah menghulurkan kepala melalui tingkap untuk bersarapan bersama pengunjung hotel

 

gambar minuman petang sambil melihat zirafah-zirafah berkeliaran

 

Gambar zirafah-zirafah sedang mengintai di sekeliling hotel

 

gambar seekor zirafah di halaman hotel
Pengalaman  di Nairobi ini semestinya akan menjadi kenangan unik dan indah kepada mereka yang mengalaminya. Adakah Tedi bisa sahaja menyertai mereka?

 


20140817