Dalam persediaan mencari kerja baru, manusia perlu ditemuduga

Menunggu giliran untuk ditemuduga amat mencuakkan manusia. Betul tak kawan-kawan?

 

  • Sekurang-kurangnya mereka perlu melalui proses temuduga untuk mendapatkan mana-mana kerja.
  • Persediaan untuk temuduga pun bukannya susah kerana pada zaman siber ini maklumat berada di hujung jari dan di depan mata.
  • Masalahnya kebanyakan tips temuduga itu selalu bersifat umum iaitu fokus kepada syarikat besar.
  • Sedangkan manusia itu selalunya perlu bermula dengan bekerja di syarikat kecil.
  • Ini beberapa tips untuk temuduga di syarikat kecil

Minat dan bersemangat | Mudah menyesuaikan diri di mana-mana | Fleksibel dan berdikari | Soalan untuk ditanya kepada syarikat kecil | Gaji di syarikat kecil


Minat dan bersemangat

  • Selalunya di syarikat kecil manusia akan ditemuduga oleh pemilik atau pengasas atau bos syarikat itu sendiri.
  • Bagi seorang bos, adalah penting baginya mengetahui calon pekerjanya benar-benar berminat dan mempunyai semangat.
  • Lebih bagus jika semangat calon pekerja itu serupa dengan semangat bos itu sendiri.

Mudah menyesuaikan diri di mana-mana

  • Dalam syarikat kecil, jabatan berlainan selalunya bekerjasama dengan erat.
  • Oleh itu calon pekerja itu mungkin akan ditemuduga oleh beberapa wakil jabatan tersebut.
  • Ketika ini mereka mahu melihat calon pekerja itu mampu dan sesuai bekerjasama dengan semua jabatan lain.

Fleksibel dan berdikari

  • Syarikat kecil selalunya kurang bajet latihan.
  • Jadi mereka mahukan pekerja yang mampu berdikari dan perlukan bimbingan yang kurang, tetapi sanggup belajar.
  • Paling penting calon pekerja itu sudi melakukan apa sahaja tugasan.

Soalan untuk ditanya kepada syarikat kecil

  • Tanya mengenai perancangan masa depan syarikat supaya boleh ketahui kekukuhan dan kelangsungan hidup syarikat itu pada masa akan datang.

Gaji di syarikat kecil

  • Harus sudi berbincang mengenai gaji kerana syarikat kecil selalunya tidak mempunyai tangga gaji yang ampuh.
  • Ketika ini calon pekerja punyai ruang sempit, kecuali jika mereka itu ditemuduga untuk jawatan senior,

20140809